October 2008
| |
|
|
1 |
2 |
3 |
4 |
| 5 |
6 |
7 |
8 |
9 |
10 |
11 |
| 12 |
13 |
14 |
15 |
16 |
17 |
18 |
| 19 |
20 |
21 |
22 |
23 |
24 |
25 |
| 26 |
27 |
28 |
29 |
30 |
31 |
|
10/8/08 07:19 am
Agenda Pemerkasaan Ulama’: Ketika Kejahilan Merajalela dan Ilmu Hilang Entah ke Mana -- ummahonline.com
Oleh: Khalif Muammar
Sistem dualisme pendidikan menjadikan jurang antara “golongan agama” dengan golongan umum semakin besar. Satu fenomena yang tidak dapat dinafikan ialah kemunculan golongan agama yang tidak tahu-menahu ilmu-ilmu dunia dan golongan umum yang tidak tahu tentang agama kecuali sedikit.
“Golongan agama” ini semakin terpisah dan terasing dalam dunia dan tugasnya. Sedangkan golongan umum semakin bebas dan berwenang dalam dunia dan tugasnya. “Golongan agama” menganggap golongan umum jahil, golongan umum pula menganggap golongan agama kolot dan tidak relevan. Sesekali “golongan agama” ini muncul di khalayak ramai, memberi nasihat dan menggurui semua lapisan masyarakat. Untuk menarik perhatian orang ramai maka mereka akan berjenaka dan menghiburkan orang ramai. Untuk kekal relevan di hati masyarakat mereka akan tampil menyenangkan semua pendengarnya.
Tanpa disedari, tugas utamanya untuk mengajarkan agama, memperbetulkan kesilapan terabaikan. Mereka menjadi penghibur murahan. Malah ada yang sanggup menjual cerita-cerita lucah untuk menggelitik hati pendengarnya. Ilmu penceramah tidak lagi menjadi ukuran. Yang penting dia pandai berjenaka. Dengan demikian masyarakat akan “seronok” mendengar ceramahnya.
Siapakah sebenarnya ulama’? Mungkin kita perlu meneliti semula definisi yang kita berikan terhadap istilah ulama’. Jelas pendangkalan makna berlaku di sini. Asalkan seseorang itu tahu membaca al-Qur’an dengan baik, boleh menjadi Imam dalam solat, memakai kopiah maka ia akan diberi gelaran ustaz oleh masyarakat. Walhal pandai membaca al-Qur’an dan boleh menjadi Imam adalah sifat-sifat yang mesti ada pada setiap Muslim. Istilah ulama’ juga diberikan dengan mudah kepada sesiapa yang memiliki segulung ijazah dalam pengajian Islam. Perkataan ulama menjadi istilah yang spesifik merujuk kepada “golongan agama”, satu golongan yang mempunyai hak mentafsirkan Islam. Bagi pihak-pihak tertentu golongan ini dibenci kerana dianggap telah memonopoli hak terhadap Islam. Benarkah ulama’ sinonim dengan “golongan agama” (clergy) yang popular penggunaannya di Barat tetapi tidak mesra ilmu dan kemajuan?
Terdapat beberapa hadis yang menyatakan bahawa di akhir zaman nanti ilmu akan sangat berkurangan dan kejahilan akan berleluasa. Orang-orang yang berilmu akan dihilangkan oleh Allah swt dan orang-orang jahil akan diangkat oleh masyarakat untuk menggantikan tempatnya (Hadis riwayat Bukhari, no. 80-81; Muslim no. 1865-1866). Dalam satu riwayat Muslim Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu secara langsung daripada manusia, tetapi mencabutnya dengan mencabut para ulama’. Sehingga apabila tidak ada lagi seorang ‘alim, masyarakat akan mengangkat ketua-ketua yang jahil maka ketika orang-orang ini ditanya mereka akan berfatwa tanpa ilmu lalu mereka akan menjadi sesat dan menyesatkan orang lain”. (Riwayat Muslim, no. 1867).
Hadis-hadis tersebut berbicara tentang tanda-tanda kiamat. Disenangi ataupun tidak tanda-tanda tersebut semakin jelas kelihatan pada hari ini. Kejahilan berleluasa melalui pelbagai cara. Seorang graduan dalam bidang agama akan diangkat jika mengikut selera penguasa dan sanggup mengorbankan prinsipnya. Dengan begitu ia tidak menjadi orang yang berilmu lagi kerana hatinya telah menjadi gelap untuk dapat melihat kebenaran. Sebaliknya ilmuwan yang berpegang kepada prinsip kebenaran pula akan dizalimi, ditindas lalu tenggelam dalam hiruk pikuk kehidupan. Golongan ini dilihat berbahaya kepada status quo. Jadi salah siapakah apabila ilmu tidak dimiliki oleh umat Islam?
Jelas juga kelihatan bahawa umat Islam telah kehilangan adab terhadap ilmuwan. Tidak jarang kedengaran bahawa seorang ilmuwan difitnah, dikeji dan dihina kerana tidak mengikut satu-satu aliran tertentu dan mengikuti “selera” pihak tertentu. Seiring dengan maraknya materialisme, kemuliaan seseorang tidak lagi diukur dengan ilmu dan budi yang dimilikinya tetapi dengan segulung ijazah, selonggok harta dan sederetan pangkat yang pernah disandangnya. Masyarakat tidak merasakan lagi perlu mengikuti ilmuwan yang jujur dan ikhlas. Ramai juga di kalangan masyarakat yang merasa bahawa ilmu yang ada pada dirinya cukup untuk mengatasi segala permasalahan diri dan umatnya.
Pada hari ini masyarakat tidak lagi mengenal ilmuwan. Majoriti mereka hanya mengenal pakaian luarannya sahaja. Mereka tidak tahu dan tidak peduli apakah yang diucapkan itu ilmu atau sampah dan omong kosong. Mereka mendengar apa sahaja yang diungkapkan oleh golongan ini tanpa perlu menyimpannya dalam jiwa dan sanubari. Setelah mereka keluar tidak ada apapun yang tersisa untuk dilaksanakan.
Dari pihak “golongan agama” pula ada kecenderungan para ustaz untuk mengikut selera masyarakat. Akhirnya ustaz tidak lebih dari sekedar penghibur. Mereka hanya mengucapkan apa yang masyarakat ingin dengar. Profesi ustaz adalah profesi untuk memenuhi kehendak masyarakat. Siapa yang memerlukan siapa sebenarnya? Apakah masyarakat yang memerlukan ilmu yang dibawa oleh seorang ustaz ataukah ustaz yang memerlukan masyarakat untuk mendapatkan pekerjaan dan habuan dunia.
Ini jelas menunjukkan bahawa pada hari ini segala sesuatu telah dikomersialkan. Sesuatu yang tidak bernilai komersial tidak akan mendapat tempat baik di media massa mahupun di hati masyarakat. Sehingga tidak sedikit di antara para ustaz yang berlumba-lumba untuk menjadi selebriti. Dengan menjadi selebriti mereka akan mendapat harta, kedudukan dan nama. Tetapi sudah tentu ada satu perkara yang tidak dapat mereka lakukan iaitu menunaikan tugas asasi mereka mendidik dan mentransformasikan masyarakat.
Tidak kurang berbahaya juga ramainya orang yang tidak berilmu menganggap diri mereka berilmu. Mereka tidak tahu bahawa mereka tidak tahu. Dalam era teknologi maklumat ini setiap orang merasakan dirinya memahami Islam. Dengan berguru pada google, ia menjadi orang yang berilmu secara serta-merta. Tidak perlu lagi berguru, mengaji, menuntut ilmu belasan tahun di negeri orang. Seseorang dengan mudah mendapatkan maklumat yang diinginkan dengan menghadap internet beberapa jam sehari, mengumpul maklumat yang entah darimana sumbernya, dan menunjukkan orang di sekitarnya akan keilmuannya. Dalam beradu argumentasi siapa yang memberi pandangan tidak penting, kerana semua orang bebas memberi pandangan dan mendapat akses yang mudah kepada ilmu.
Di sini racun demokrasi juga dapat dirasakan. Dengan pendemokrasian ilmu ini ilmu bukan lagi milik ilmuwan tetapi menjadi milik semua orang. Dengan pengertian bahawa sesiapapun boleh bercakap dan memberikan pandangan. Benar salah tidak menjadi soal. Alasannya mudah, seperti pernah dinyatakan oleh seorang pemimpin di negara ini, “jika ilmuwan pun melakukan kesilapan maka aku yang awam dalam keilmuwan Islam tidak salah mencuba memberikan pandangan kerana kesilapan itu dilakukan oleh sesiapa sahaja”. Mengapa tidak dia katakan “jika doktor perubatan pun boleh melakukan kesilapan dalam pembedahan maka tidak ada salahnya saya yang awam, cuba melakukan pembedahan”. Tentunya orang yang berfikiran sehat tidak akan mengatakan hal seperti ini. Tetapi malangnya kesewenang-wenangan ini banyak dilakukan terhadap Islam.
Seharusnya masyarakat dapat mengenal ilmuwan lalu meletakkan mereka di tempat yang sewajarnya. Ilmuwan tidak akan memperkenalkan diri sebagai ilmuwan. Ilmuwan yang mengaku dan mendabik dada sebagai ilmuwan bukan lagi ilmuwan sejati. Seorang ilmuwan terhormat tidak akan mengatakan “aku mempunyai jawapan bagi permasalahan kamu sekalian. Aku telah menggali ilmu sampai yang terdalam. Aku telah menghadam karya-karya terdahulu dan terkini”. Ucapan seperti ini tidak akan datang dari ilmuwan yang beradab.
Jika masyarakat tidak mampu mengenal ilmuwan sebenar berbanding ilmuwan palsu, jika masyarakat terlalu jahil untuk membezakan kaca dengan permata maka akan teramat sulit mereka mendapat cahaya ilmu. Mereka akan sentiasa berada dalam lembah kejahilan dan kesesatan. Walaupun sebenarnya dalam hal ini kesalahan tidak patut dibebankan kepada masyarakat sahaja. Kerendahan kualiti di kalangan “golongan agama” juga menjadi faktor kegagalan mereka berfungsi dengan baik di kalangan masyarakat.
Kerana teramat jarangnya mendapat pencerahan daripada penceramah. Seorang pelajar dewasa pernah mengadu bahawa amat susah sekali mendapat pencerahan daripada “golongan agama”. Kadang-kadang terasa bosan mendengar ceramah agama. Ilmu yang dicari tidak didapat dan jawapan yang diberikan bagi permasalahan yang dialami oleh masyarakat tidak melegakan. Mungkin akan tiba masanya mendengar ceramah agama hanya akan berlaku dengan paksaan. Bukan kerana ilmu sudah tidak lagi menarik tetapi kerendahan kualiti orang-orang yang memberikan ceramah tersebut.
Tugas ilmuwan Islam amat berat di sisi Allah dan di sisi masyarakat. Ulama sebenarnya adalah pewaris para nabi. Ia bukan satu jawatan untuk disandang dan penghormatan yang tidak diikuti dengan tanggungjawab yang tinggi. Tetapi ia adalah satu tugas yang maha berat. Ia adalah tugas dan amanah untuk mencerahkan dan mentransformasikan masyarakat. Ilmuwan dalam Islam berfungsi sebagai pelita yang menerangi masyarakat di sekelilingnya. Tanpa pelita tersebut masyarakat tidak mampu mengenal kebenaran, berlaku adil, dan menggapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Tidak ada dalam kamus kehidupan ilmuwan untuk menjadi penghibur masyarakat. Cukuplah penghibur sedia ada yang sudah banyak melalaikan masyarakat. Mentaliti menjadikan golongan ini satu lagi profesi untuk memenuhi kehendak masyarakat perlu dikikis dan sikap masyarakat yang menginginkan agar golongan ini memenuhi kehendak mereka juga perlu dibuang. Jika golongan agama tahu menghargai diri mereka sendiri maka masyarakat akan tahu menghargai mereka. Jika mereka sanggup merendahkan martabat mereka sendiri demi meraih keuntungan sesaat maka masyarakat pun akan merendahkan mereka.
Stigma yang dikenakan terhadap ulama’ perlu dibuang. Ulama’ bukan golongan agama yang hanya tahu urusan agama sahaja. Mereka juga tidak semestinya pakar dalam ilmu-ilmu agama sahaja tetapi sebagaimana dicontohkan oleh para ulama terdahulu, juga pakar dalam bidang ekonomi, politik, astronomi, perubatan, sains tabi’i dsb. Justeru dalam Islam ulama’ adalah penjana kemajuan dan bukan penghalang kepada ilmu dan kemajuan. Stigma negatif terhadap ulama ini timbul daripada pengalaman pahit Barat dalam berurusan dengan kaum gereja. Kaum gereja telah menindas ilmu dan kemajuan atas nama Tuhan dan agama. Dalam sejarah umat Islam pula dengan kemundurun umat Islam dari segala segi maka penguasaan umat Islam terhadap ilmu juga menurun. Ilmu tidak lagi dikuasai oleh kaum ulama tetapi juga oleh golongan umum yang belajar daripada Barat tetapi terpisah daripada nilai-nilai tradisi dan keagamaannya. Dualisme keilmuan inilah yang menimbulkan semua malapetaka di atas. Masing-masing pihak tidak mendapatkan ilmu seutuhnya tetapi mendapatkannya secara terpisah-pisah, berserakan dan tidak bersepadu.
Agenda pemerkasaan ulama’ adalah satu kemestian jika kebangkitan umat benar-benar ingin dicanangkan. Di satu pihak kita mendapati penghormatan terhadap ulama’ telah berkurangan dan di pihak yang lain juga kita melihat golongan ulama’ gagal menghormati diri mereka sendiri. Dalam sebuah hadis Rasulullah saw mengatakan bahawa makhluk-makhluk lain akan beristighfar bagi golongan ilmuwan, sehingga ikan-ikan di lautan juga tidak ketinggalan ikut beristighfar bagi golongan ini (Riwayat al-Tirmizi, no 2606). Cukuplah penghormatan yang diberikan oleh makhluk-makhluk Allah ini terhadap golongan Ilmuwan. Kerana ia adalah kemuliaan sebenar yang Allah berikan kepada ilmuwan. Tetapi malangnya kemuliaan di sisi manusia yang fana inilah yang selalu di cari-cari setiap golongan. Sememangnya kedudukan ilmuwan itu teramat tinggi di sisi Islam. Tetapi ilmuwan yang hakiki bukanlah ilmuwan di atas kertas dan pada penampilan. Mereka adalah golongan ulul albab yang memahami persoalan sampai kepada akar-akarnya dan melihat sesuatu sampai kepada lubuknya yang terdalam. Penghormatan tinggi Islam kepada ilmuwan bukan sesuatu yang pelik dan aneh jika difahami bahawa ilmu mendapat tempat yang paling istimewa dalam Islam. Islam adalah agama ilmu. Islam menarik seluruh umat manusia ke arah ilmu dan pencerahan. Oleh itu peranan dan tanggungjawab yang dibebankan kepada kaum ilmuwan juga amat besar. Ketergantungan dan keperluan masyarakat terhadap golongan ini juga amat vital. Yang aneh adalah dalam pada Islam memberikan penghormatan yang besar kepada ilmu, pada kenyataannya kejahilanlah yang berleluasa di kalangan umat Islam khasnya dan di dunia amnya. Andaikan saja hakikat ini difahami oleh anak-anak Adam.
10/3/08 07:49 am
 KUALA LUMPUR, 2 Okt (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berharap Islam akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini.
"Seperti mana yang saya faham, Islam sebagai agama yang syumul atau universal adalah Ad-Din atau cara hidup menyeluruh yang mencakupi semua aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik mahupun sosial.
"Ia tidak bersifat perkauman kerana Ad-Din adalah berteraskan sistem keadilan tanpa mengira kaum dan agama.
"Sememangnya, saya amat menghormatinya dan berharap ia akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini," kata Setiausaha Agung DAP itu dalam perutusan Eidulfitrinya.
Beliau percaya bahawa semua agama di dunia ini turut mengajak para umatnya melakukan kebaikan termasuk agama Islam itu sendiri.
"Melalui kitab suci Al-Quran ada disebut mengenai Amar Ma�ruf Nahi Mungkar, iaitu menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan. Ia merupakan puncak tertinggi dalam agama Islam itu sendiri.
"Saya yakin umat Islam yang beriman dan bertakwa pastinya menerima prinsip keadilan tulen untuk semua," kata beliau.
Bagi pihak DAP, beliau percaya kepelbagaian kaum, agama, adat, budaya dan bahasa, tidak pernah menjadi penghalang atau membatasi kemajuan Malaysia.
Aspek kepelbagaian tersebut harus menjadi kekuatan rakyat Malaysia untuk berganding bahu serta saling percaya antara satu sama lain, kata beliau.
"Tuhan tidak membezakan kita di antara warna kulit ataupun fahaman politik malah kepercayaan agama terjamin di kalangan semua agama, termasuk Islam.
"Oleh itu adalah tidak betul dan tidak patut insan dalam parti politik tertentu cuba memecah belahkan rakyat dan menggugat perpaduan nasional dengan menggunakan isu perkauman, menabur fitnah dan menggalakkan penggunaan kekerasan.
"Namun kumpulan ekstremis ini cuba menggunakan isu bahasa sungguhpun semua bahasa di dunia baik Inggeris, Melayu, Mandarin, Tamil, Hindi, Urdu, Thai dicipta oleh Tuhan," kata Guan Eng.
Beliau mengajak rakyat Malaysia menolak politik jahat tersebut yang hanya mementingkan golongan kecil yang amalkan kemungkaran.
Sebaliknya, kata beliau, semua mestilah besatu di bawah panji nilai-nilai teras universal yang diterima semua iaitu, kebebasan, keadilan, kebenaran, keluhuran undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan dan ketakwaan kepada Tuhan.
"Barulah kita boleh dirikan sebuah kerajaan bercorak demokrasi, ketuanan rakyat dan kepimpinan beretika mencontohi pemimpin agung Islam Khalifah Umar Abdul Aziz," katanya.
Rakyat Malaysia, kata beliau, tidak patut benci-membenci semata-mata kerana warna kulit atau fahaman agama yang berbeza.
"Jangan jadikan kepelbagaian kaum dan agama sebagai alasan untuk bertindak ganas atau menuju ke arah jenayah. Yang penting, tali silaturahim antara kita harus diikat erat.
"Jangan kita biar pihak tertentu mengadu domba persahabatan kita sesama kaum semata-mata kepentingan politik perkauman sempit mereka.
"Semoga hari lebaran ini disambut dengan penuh keinsafan, kesyukuran dan kegembiraan. Amar Ma�ruf Nahi Mungkar . Maaf zahir batin," kata beliau mengakhiri perutusannya.
9/7/08 11:31 pm
SIAPAKAH YANG DISEBUT BA'ALAWI?
Risalah kecil ini adalah usaha seorang insan kerdil untuk memberi sedikit maklumat mengenai Ba'alawi.lni ialah kerana ramai keturunan Ba'alawi dewasa ini yang mempunyai sedikit sekali, malah ada yang langsung tiada mempunyai pengetahuan, mengenai asal usul mereka. Saya amat berharap bahawa risalah yang cetek ini dapat menyingkap serba sedikit tentang asal usul Ba'alawi, serta menaruh harapan agar ia dapat mencetuskan minat lalu mendorong golongan Sadah daripada keturunan Ba'alawi untuk mengenali susur galur mereka secara lebih dekat lagi. Alangkah baiknya kalau risalah inidapat disebar luas bagi menemui seramai keturunan Alawi yang mungkin. Semoga usaha ini diberkati Allah swt. Jaafar bin Abu Bakar Al 'Aydarus
Ba'alawi - Siapakah Mereka?
Ba'alawi ialah gelaran yang diberi kepada mereka yang bersusur-galur daripada Alawi bin Ubaidullah bin Ahmad bin Isa Al-Muhajir Ahmad bin Isa Al-Muhajir(1) telah meninggalkan Basrah di Iraq bersama keluarga dan pengikut-pengikutnya pada tahun 317H/929M untuk berhijrah ke Hadhramaut di Yaman Selatan. Cucu Ahmad bin Isa yang bernama Alawi, merupakan orang pertama yang dilahirkan di Hadralmaut. Oleh itu anak-cucu Alawi digelar Ba'alawi(2), yang bermakna Keturunan Alawi. Panggilan Ba'alawi juga ialah bertujuan memisahkan kumpulan keluarga ini daripada cabang-cabang keluarga yang lain yang berketurunan daripada Nabi Muhammad s.a.w. Ba'alawi juga dikenali dengan kata-nama Saiyid (Sadah bagi bilangan lebih daripada seorang). Keluarga yang bermula di Hadhramaut ini, telah berkembang dan membiak, dan pada hari ini ramai di antara mereka menetap disegenap pelusuk Nusantara, India dan Afrika.
Ahmad bin Isa Al-Muhajir Ilallah
Dalam abad ke-10 Masehi, keadaan huru-hara mula menyelubungi dan menggugat empayar Abbasiyah yang berpusat di Iraq itu. Kerajaan tersebut kian bergolak menuju keambang keruntuhan. Kewibawaan Abbasiyah semakin terancam dengan berlakunya pemberontakan demi pemberontakan dan ini menjejaskan ketenteraman awam. Keadaan sebegini telah membawa padah kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w yang dikenali dengan gelaran Sadah itu. Pada umumnya ummt Islam menghormati serta menaruh perasaan kasih sayang terhadap Sadah. lni bukan semata-mata kerana mereka ini keturunan Nabi Muhammad s.a.w, tetapi juga kerana mereka melambang pekerti yang luhur, keilmuan yang tinggi dan wara'. Kedudukan yang istimewa dimata umat Islam ini telah menimbulkan perasaan cemburu dan syak wasangka terhadap Sadah dikalangan pemerintah. Mereka juga khuatir kalau-kalau Sadah akan menggugat dan merebut kuasa daripada kerajaan Abbasiyah.
Dengan tercetusnya pemeberontakan demi pemberontakan terhadap pemerintah, kewibawaan Abbasiyah pun menjadi semakin tercabar dan lemah. Keadaan ini juga turut mengancam kedudukan golongan Sadah, kerana mereka sering dikaitkan dengan setiap kekacauan yang tercetus. Dari masa ke masa golongan Sadah menjadi sasaran pemerintah. Ramai diantara mereka yang ditangkap dan dibunuh berdasarkan apa saja alasan .Namun majoriti Sadah bersikap sabar dan menjauhkan diri dari kelompok yang menimbulkan kekacauan. Daripada pengalaman yang lalu golongan tersebut yakin bahawa penglibatan diri di dalam politik akan berakhir dengan kekecewaan.
Ahmad bin Isa al-Muhajir meninggalkan Kota Basrah bersama seramai 70 orang, yang terdiri dari ahli-ahli keluarga dan pengikut-pengikut beliau. Pada mulanya kumpulan Al-Muhajir ini pergi ke Madinatul Munawwarah dan tinggal di sana selama setahun. Pada tahun berikutnya setelah menunaikan fardhu Haji, Ahmad bin Isa Al-Muhajir dan rombongan meninggalkan Kota Madinah menuju ke Yaman. Mereka singgah di Al Jubail di Lembah Dau'an, kemudian di Al-Hajrain, dan seterusnya menetap di suatu tempat, yang benama Al Husaisah(3). Ahmad bin Isa Al Muhajir Ilallah wafat pada tahun 345.H/956 M.
Permulaan di Hadhralmaut
Ahmad bin Isa memilih Hadhramaut untuk berhijrah, meskipun Hadhramaut merupakan suatu kawasan tandus dan kering kontang di Selatan Yaman. Kawasan tersebut pada zaman itu, dikatakan terputus daripada dunia luar. Tentunya banyak persoalan yang timbul tentang mengapa Ahmad bin Isa memilih kawasan sebegini untuk berhijrah. Pada zahirnya, pemilihan kawasan tersebut mungkin didorong oleh hasrat beliau untuk hidup di dalam keadaan aman bersama keluarga dan pengikutnya, atau keazaman beliau untuk membina sekelompok masyarakat baru di suatu kawasan baru bersesesuaian dengan kehendak syiar Islam yang didokongi oleh golongan Sadah selama ini. Akan tetapi sebelum sampai ke Hadhramaut Ahmad bin Isa dan rombongan terlebih dahulu berada di Madinah, tempat yang tenang dan aman lagi sesuai bagi tujuan beribadah dan membina ummah. Namun daripada Madinah beliau dan rombongan bertolak ke Al-Husaisah. Malah di Al-Husaisah Ahmad bin Isa telah pun membeli kebun buah-buahan yang luas. Akan tetapi pada akhirnya beliau memilih Hadhramaut sebagai tempat berhijrah. Sebagai seorang Imam Mujtahid mungkin keputusan yang dibuat beliau itu didorong oleh perkara yang diluar pengetahuan kita, Wallahualam.
Penghijrahan Ahmad bin Isa Al Muhajir ke Hadhramaut bukanlah bermakna berakhirnya ranjau dan rintangan. Di awal penghijrahan beliau, Ahmad bin Isa Al-Muhajir, bersua dengan ancaman daripada golongan Mazhab Ibhadiah(4) yang mempengaruhi kawasan tersebut. Namun setelah gagal untuk mencapai persefahaman dan perdamaian dengan pihak Ibhadiah, Ahmad bin Isa Al-Muhajir terpaksa mengangkat senjata menentang mereka. Berbanding dengan kaum Ibhadiah, bilangan pengikut Ahmad bin Isa Al-Muhajir adalah kecil. Akan tetapi semangat kental dan kecekalan, yang ditunjukkan oleh Al-Muhajir dalam menentang kaum Ibhadiah ini telah menarik perhatian dan simpati penduduk-penduduk Jubail dan Wadi Dau'an yang bertindak menyokong Al-Muhajir. Dengan sokongan penduduk-penduduk tersebut kaum Ibhadiah dapat di singkirkan dari bumi Hadramaut.
Cara hidup yang dianjurkan oleh Ahmad bin Isa Al-Muhajir, iaitu kehidupan harian yang berdasarkan Al Qur'an dan Sunnah itu, senang -diterima oleh masyarakat tempatan. Lambat laun cara ini menjadi norma hidup di dalam masyarakat tempatan. Malah beberapa tokoh terkemuka di kalangan Ba'alawi yang menjalani hidup sepertimana para sahabat di zaman Rasulullah s.a.w, mempunyai pengaruh yang positif ke atas masyarakat Hadhramaut. Tokoh-tokoh berkenaan lebih dikenali dengan panggilan Salaf.(5)
Walaupun persekitaran baru mereka masih tidak sunyi dengan keadaan huru-hara, masyarakat Ba' Alawi masih boleh menjalankan kehidupan yang aman tenteram. Sebenarnya ini adalah sesuatu yang merupakan cara hidup yang lumrah bagi keturunan Rasulullah s.a.w daripada Hassan dan Hussain. Mereka sentiasa dihormati dan disanjung tinggi di seluruh pelusuk Dunia Islam, lebih-lebih lagi di Hadhramaut. Kehormatan yang diterima ini serba sedikit berpunca daripada amalan golongan Ba'alawi yang berjalan tanpa membawa sebarang senjata, sepertimana yang dianjurkan oleh datuk mereka, Ahmad bin Isa Al-Muhajir. Tambahan pula golongan ini dihormati dan disanjung oleh kerana mereka merupakan golongan yang berilmu lagi wara'.
Apabila Ahmad bin Isa Al-Muhajir serta rombongan (seramai kurang lebih 70 orang ahli keluarga dan pengikut) meninggalkan Basrah , mereka membawa bersama mereka harta kekayaan yang banyak. Dengan harta ini mereka dapat memperolehi tanah yang luas yang digunakan untuk pertanian. Dan sewajarnyalah yang menjadi kegiatan utama golongan Ba'alawi di Hadhramaut ini ialah pertanian. Sementara itu mereka juga bebas untuk beribadah dan membina masyarakat berdasakan ajaran Al-Qur'an dan Sunnah.
Fasa Perkembangan Ba'alawi
Perasaan golongan Ba'alawi terhadap kampung halaman mereka di Basrah masih kuat dan menebal, walaupun mereka telah memilih untuk membina penghidupan baru di Hadramaut. Oleh itu tidak hairanlan sekiranya didapati ramai dikalangan Ba'alawi yang selalu berulang alik di antara Hadhramaut dan Basrah untuk menziarahi sanak saudara yang masih berada di Basrah. Hubungan diantara Ba'alawi dengan Basrah berterusan. Masa kini masih terdapat keturunan saudara Al-Muhajir, iaitu Muhammad bin Isa di sekitar Basrah.
Salah suatu ciri hidup golongan Ba'alawi ialah mereka ingin bebas bergerak dan tidak suka terkongkong di suatu daerah sahaja. Tambahan pula, di tempat seperti Hadhramaut peluang untuk mencari rezeki terlalu terhad. Ini menyebabkan individu mahupun kumpulan Ba'alawi sanggup berpindah memulakan hidup ditempat-tempat yang lain seperti Yaman, Syam (Syria), dan Iraq. Tambahan pula Hadhralmaut merupakan tempat yang tidak mempunyai pemerintahan yang stabil, dan oleh itu tidak sunyi daripada tercetusnya perbalahan dan pergaduhan di antara kabilah-kabilah yang menjadi penghuni tetap di kawasan tersebut.
Sejarah perkembangan Ba'alawi, mengikut pandangan Sayid Ahmad bin Muhammad Assyathiri(6) boleh dibahagikan kepada empat fasa, setiap fasa mempunyai cirinya yang tersendiri. Perkembangan ini adalah bergolak di sekitar beberapa tokoh Ba'alawi, serta juga pengalaman jatuh bangunnya mereka dalam menempuhi kehidupan yang sering berubah itu. Namun begitu, golongan Ba'alawi masih berpegang teguh kepada keperibadian mereka, dan perkara yang mempegaruhi kecekalan golongan ini ialah istiqamah kepada ajaran AlQur'an dan Sunnah. Fasa perkembangan Ba 'Alawi boleh dihuraikan seperti berikut:
Fasa Pertama
Fasa ini bermula dengan zaman Ahmad bin Isa Al-Muhajir dan berakhir dengan Al-Faqih Muqaddam Muhammad bin Ali(7) iaitu jangka masa di antara abad ke-3 hingga abad ke-7 Hijrah. Pada zaman tersebut pemimpin dan tokoh-tokoh Ba'alawi dikenali dengan gelaran Imam. Tokoh-tokoh pada masa itu digelar dengan panggilan Imam Mujtahid, iaitu mereka yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab. Tokoh-tokoh terkemuka pada masa itu ialah keturunan daripada Ubaidullah bin Ahmad bin Isa AlMuhajir, melalui 3 orang putera beliau, iaitu Bashri, Jadid dan Alawi. Namun begitu, keturunan Bashri dan Jadid tidak berhayat panjang. Mereka hanya dapat mempelopori dan mengembangkan penyebaran ilmu hinggalah ke tahun 620an H/1223M. Keturunan Bashri dan Jadid yang terkemuka ialah Imam Salim bin Bashri (wafat pada 604H/1208M) dan Imam Abu Hassan Ali bin Muhammad bin Jadid (wafat pada 620H/1223M). Tradisi pengajian Ilmu, bagaimanapun di teruskan oleh keturunan Alawi, dan yang lebih terkenal di antara mereka ialah Imam Muhammad bin Ali bin Alawi. Beliau lebih dikenali dengan gelaran Sahib Marbat (wafat pada 556H/1161M). Tradisi keilmuan,(8) ini juga diteruskan oleh dua orang putera Sahib Marbat, iaitu Imam Alwi dan Imam Ali, dan oleh putera Imam Ali, iaitu Al-Faqih Muqaddam Muhammad bin Ali, serta tokoh-tokoh yang datang kemudian daripada mereka.
Fasa Ke-Dua
Zaman yang dikenali sebagai fasa ke-dua ialah di antara abad ke-7 hingga abad ke-11 Hijrah. Pada zaman tersebut tokoh-tokoh Ba'alawi yang terkemuka disebut dengan nama As-Syaikh. Zaman ini bertepatan dengan era Al-Faqih Muqaddam Muhammad hingga ke zaman sebelum Habib Al-Qutub Abdullah bin Alawi Al-Haddad. Di antara ulama-ulama yang terkemuka di zaman ini ialah Al-Faqih Muqaddam Muhammad bin Ali (wafat pada 653H/1255M),As-Saqqaf(9) (wafat 819H/1416M), Al-Mahdar(10) (wafat 833H/1429M), Al-'Aidarus(11) (wafat 865H/1460M), dan Zain Al-Abidin Al-'Aidarus(12) (l041H/1631M). Pada ketika tersebut bilangan Ba'alawi sudah menjadi bertambah ramai dan mereka mulai dikenali dengan nama kabilah masing-masing seperti As-Saqqaf, Al-Mahdar, Al-'Aidarus, Al-Habisyi, Al-Junid, Jamalullail dan banyak lagi.
Fasa Ke-Tiga
Zaman yang dikenali sebagai fasa ke-tiga ialah di antara abad ke-11 dan abad ke-14 Hijrah. Pada zaman tersebut tokoh-tokoh Ba 'alawi dikenali dengan panggjlan Al-Habib. Ulama-ulama yang terkemuka pada zaman ini ialah Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad (wafatI132H/1717M), Habib Ahmad bin Zain Al-Habsyi, Habib Hassan bin Salleh Al-Bahr, dan Habib Abdurrrahman Bilfagih (wafat 1163H/1749M) dan beberapa orang tokoh yang lain. Pada masa ini juga keturunan keluarga Ba'alawi terus membiak. Keadaan ini membawa kepada migrasi (perpindahan keluar) yang begitu pesat. Pada abad ke-11 dan ke-12 berlaku penghijrahan keIndia(13), Timur Jauh (Far East), Afrika Timur dan Hijjaz, sementara di abad ke-13 berlaku pula penghijrahan ke Asia Tenggara (terutama ke Indonesia dan Malaysia). Kaum Ba' Alawi mewarisi semangat suka merantau. Mereka juga tidak gemar diri mereka terkongkong di suatu kawasan. Namun begitu Ba'alawi juga merupakan golongan yang senang menyesuaikan diri dengan penduduk tempatan dimana sahaja mereka merantau. Akan tetapi, seberapa jauhnya mereka daripada Hadhramaut, hubungan erat dengan kampung halaman induk masih dikekalkan. Mereka yang menjalinkan perhubungan melalui perkahwinan dengan penduduk tempatan dan masih menghantarkan anak-anak mereka ke Hadhramaut, terutama ke Tarim, untuk menuntut ilmu secara tradisi yang diasaskan oleh pelopor-pelopor Ba'alawi.
Perubahan Yang Ketara
Pada penghujung fasa ke-tiga didalam Sejarah Ba'alawi, perubahan ke arah kemunduran dikalangan Ba'alawi di seberang laut dapat dikesan. Walaupun tradisi pulang ke Hadhramaut untuk menziarahi keluarga masih diamalkan, ramai pula di antara mereka yang telah bermastautin di India dan Asia Tenggara, mula menampakkan proses asimilasi dengan masyarakat tempatan, iaitu menerima dan menyerap budaya dan tradisi persekitaran. Sementara golongan Ba 'alawi pada mulanya menjauhkan diri daripada kegiatan politik melainkan perkara-perkara yang menyentuh kebajikan dan ketenteraman umum, mereka yang terkemudian mula mencebur diri dengan politik. Ada di antara golongan Ba'alawi yang mempunyai hubungan rapat dengan raja-raja dan penguasa tempatan, dan telah menggunakan pengaruh mereka. Pernah diceritakan bahawa tokoh- tokoh Al-Mahdar, Al-'Aidarus, Jamalullail dan Al-Haddad, mempunyai hubungan yang intim dengan pihak istana, sehinggakan raja-raja. sentiasa merujuk kepada mereka untuk mendapatnasihat(14). Budi pekerti yang luhur, disiplin diri dan didikan yang menjadi tradisi dikalangan Ba'alawi adalah faktor utama meyebabkan mereka dihormati dan disanjungi, sementara ciri peribadi istimewa sebilangan mereka membolehkan mereka diterima sebagai pemimpin masyarakat tempatan. Ada pula dikalangan mereka yang berkahwin dengan ahli keluarga diraja, dan pada akhirnya mereka diangkat menjadi raja, contohnya, Syahab di Siak dan Jamalulail di Perlis. Beberapa kesultanan juga diasaskan oleh tokoh- tokoh Ba'alawi. Sebagai contoh, Al-'Aidarus menubuhkan kerajaan di Surat (India), dan di Kubu (Kalimantan), Al-Qadri dan Bin Syaikh Abu Bakar di Kepulauan Comoros, AlQadri di Pontianak (Kalimantan) dan Balfagih di Filipina.
Fasa Ke-Empat
Zaman yang dikenali dengan Fasa ke-empat ini ialah di antara abad ke-14 Hijrah hinggalah dewasa ini. Perubahan yang bermula dipenghujung Fasa ketiga menjadi semakin ketara di zaman ini. Dalam beberapa aspek hidup, golongan Ba'alawi telah menempuh keruntuhan dari segi pegangan moral dan etika yang diasaskan oleh pelopor-pelopor di Hadhramaut dahulu. Zaman ini bertepatan dengan kemunduran Dunia Islam keseluruhannya, akibat dilanda budaya Barat. Golongan muda Ba'alawi, terutama mereka yang bermastautin di tanah jajahan Inggeris dan Belanda mula meninggalkan pendidikan tradisional berasaskan Al-Qur'an dan Sunnah, dan memilih pendidikan Barat. Walaupun masih terdapat tokoh-tokoh Ulama Ba'alawi dikalangan mereka, namun bilangan mereka adalah terlalu sedikit berbanding dengan masyarakat Ba'alawi amnya. Keadaan sedemikian telah menghakiskan status Ba'alawi keseluruhannya.
Ba'alawi Masa Kini
Keturunan Alawi bin Ubaidullah bin Ahmad bin Isa Al-Muhajir pada masa kini membiak dengan banyaknya. Mereka bemastautin di sebahagian besar pelusuk dunia. Mereka ialah keturunan kelompok-kelompok Ba'alawi yang keluar dari Hadhramaut. Mereka dikenali dengan berbagai gelaran seperti Syed atau Saiyid, seperti di Indonesia dan di Malaysia. Mereka juga dikenali dengan nama Habeeb seperti di India, Sidi, Syarif, Tuanku, Engku, Wan dan beberapa panggilan lagi. Namun begitu disebabkan beberapa faktor ramai pula keturunan Ba'alawi yang telah kehilangan identiti mereka. Kebanyakkan dari golongan ini menganggap mereka sebagai orang tempatan dengan mengamalkan budaya tempatan dan melupakan budaya datuk nenek mereka. Ramai pula keturunan Ba'alawi yang berakar umbi di tempat-tempat yang mereka tinggal kini, sejak datuk nenek mereka berhijrah seawal-awal abad ke-15 Masehi dahulu. Mereka tidak lagi mengenali asal-usul mereka, dan perhubungan mereka dengan negeri Ibunda telah begitu lama terputus.
Walaupun ramai ahli keluarga Ba'alawi yang telah hilang identiti, namun ramai pula yang masih berpegang teguh dengan asal-usul mereka dan mengambil berat tentang silsilah keluarga. Mereka juga masih menjalin hubungan dengan saudara mara di Hadramaut. Golongan ini terdiri daripada anak cucu mereka yang keluar merantau dalam abad ke-18 dan ke-19. Ramai daripada mereka terutama anak cucu Ba'alawi yang berhijrah terkemudian dan tinggal di kawasan-kawasan berhampiran pelabuhan. Mereka masih berpegang teguh dengan beberapa tradisi Ba'alawi, dan ada yang masih fasih berbahasa Arab. Oleh itu, sayogianya kita bertemu dengan kelompok keturunan Ba'alawi yang masih berpegang dengan tradisi dan amalan datuk nenek mereka, maka kita akan bersua dengan amalan seperti membaca Maulid Diba'ii, Ratib Haddad, Ratib Al 'Attas dan lain-lain lagi. Seperkara yang menggembira dan menggalakkan ialah bahawa mereka daripada golongan ini giat menghidupkan kembali dan mengembang tradisi ini di kalangan keturunan Ba'alawi yang sudah jauh terpisah daripada kelompok asal. Ini dilakukan dengan menarik dan menggalakkan mereka menghadiri majlis Ta'lim atau Rohah, sekaligus mengukuhkan silaturrahim diantara mereka. Namun begitu masih ramai lagi daripada keturunan Ba 'alawi yang hanyut di bawa arus kemodenan dan kejahilan, dan belum lagi terdedah kepada amalan murni Ba'alawi. Mereka ini amat perlu mendapat perhatian.
Seorang ulama besar yang wafat di Jakarta, iaitu Habib Muhammad bin Abdurrahman Bin Syahab, pemah melahirkan harapan agar generasi-generasi yang datang kemudian dari keturunan 'Alawi akan memegang teguh kepada agama Islam, mejaga pusaka nenek-moyang, dan jangan sampai tenggelam ke dalam peradaban Barat(15). Marilah kita sama-sama berdo'a agar Allah s.w.t memberi taufik dan hidayah semoga mereka yang terpisah ini akan jua balik ke pangkal jalan mengenali diri dan asal usul mereka, serta menghargai warisan mereka yang sebenarnya. Sesuai dengan hadith(16) Rasulullah s.a.w mengenai pentingnya mempelajari tentang nasab, kita menaruh harapan yang mereka juga akan mengambil berat tentang nasab masing-masing.
(Disusun semula oleh: Karimy Uthman Benyahya) [1]Ahmad bin Isa bin Muhammad An-Naqib bin Ali 'Uraidhi bin Jaafar As-Sadiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Hussain bin Ali dan Saiyidatina Fatimah Azzaharah binti Saiyidina Muhammad saw. [2]Ba'alawi juga dikenali dengan nama Bani Alawi. [3]Al-Husaisah terletak diantara Saiwon dan Tarim tetapi dewasa ini tempat tersebut telah tertimbus dibawah timbunan padang pasir. [4]Ibhadiah adalah pecahan daripada golongan kaum Khawarij di bawah pimpinan Abdullah bin Ibhad. Kumpulan ini telah beberapa kali memberontak menentang Khalifah Umayyah. Pemberontakan yang terkenal ialah pemberontakan yang diketuai oleh Abdullah bin Yahaya pada tahun 129 Hijrah. Kaum Ibhadiah seterusnya meluaskan pengaruh mereka ke Oman, Yaman dan Hadhramaut. [5]Panggilan Salaf, pada umumnya, adalah ditujukan kepada mereka yang hidup di dalam abad pertama hingga ke-3 Hijrah, atau lebih tepat lagi ditujukan kepada para sahabat Nabi saw., Tabi'in dan Tabi'it-tabiin. Walau bagaimana pun para ulama Hadhralmaut menggunakan panggilan Salaf ke atas ulama-ulama terawal mereka yang soleh. [6]Ba'alawi juga dikenali dengan nama Bani Alawi. [7]Al-Faqih Muqaddam Muhammad bin Ali ialah personaliti Sadah yang menumpukan khusus kepada ilmu Tasauf di dalam abad ke-13 Masehi. Beliaulah yang bertanggung- jawab mewajibkan golongan Sadah meninggalkan senjata dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada agama dan akhlak. Setelah itu ciri utama yang mempengaruhi pemikiran dan cara hidup golongan Sadah ini ialah Ilmu Tasawuf. Penulis-penulis dari golongan Sadah banyak menumpukan karya mereka dalam bentuk puisi. sama ada berbentuk agama mahupun sekular, dan juga kepada sejarah keturunan (silsilah) - Wadi Hadhramaut and The Walled City of Shibam, karya Ronald Lewcock, dan dipetik daripada cetakan UNESCO 1986. [8]Dalam jangka masa inilah Ba'alawi menerima Mazhab Syafi'ie sebagai anutan dan merekalah yang seterusnya bertanggung-jawab menyebarkan ajaran Imam Syafi'ie ke negeri-negeri di pesisiran pantai Lautan Hindi. -ibid. [9]Abdurrahman As-Saqqaf bin Muhammad Mawla Dawilah, yang lebih dikenali dengan gelaran As-Saqqaf (bermakna atap) oleh kerana keilmuan agama beliau begitu mendalam sehingga apabila dibandingkan dengan tokoh-tokoh yang lain, 'alimnya umpama atap dengan lantai. As-Saqqaf adalah seorang hartawan akan tetapi kekayaan beliau tidak menghalang dirinya menjadi seorang yang wara'. Beliau membelanjakan sebahagian besar hartanya untuk tujuan agama. Beliau membina 10 buah masjid dan telah memperuntukkan waqaf bagi membiayai perjalanan masjid tersebut. [10]Umar Al-Mahdar bin Abdurrahman As-Saqqaf, ialah seorang ulama yang terkenal dengan sifat dermawan beliau. Rumah beliau sentiasa dipenuhi dengan tetamu-tetamu yang berkunjung untuk bertanya mengenai hal agama ataupun hal duniawi. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang menanggung sara hidup beberapa keluarga yang susah. Beliau membina tiga buah masjid. [11]Abdullah bin Abi Bakar As-Sakran bin Abdurrahman As-Saqqaf masyhur dengan gelaran Al-'Aidarus. Beliau baru menjangkau usia 10 tahun apabila ayah beliau meninggal dunia. Oleh itu beliau dipelihara oleh paman beliau iaitu Al-Mahdar yang sekali gus menjadi guru beliau. Abdullah dididik oleh paman beliau didalam ilmu Syariat, Tasawuf dan Bahasa Arab. Semasa wafatnya Al-Mahdar Al-'Aidarus baru berusia 25 tahun. Jemaah Ba' Alawi sebulat suara bersetuju untuk melantik Imam Muhammad bin Hassan Jamalullail sebagai naqib baru menggantikan Al-Mahdar , akan tetapi Imam Muhammad Jamalullail menolak. Sebaliknya Imam Muhammad meminta Al' Aidarus dilantik sebagai naqib. Abdullah Al-'Aidarus adalah seorang ulama' berkaliber tinggi. Beliau bertanggungjawab menyebar luas ilmu dan dakwah, tekun mengisi waktu beliau dengan ibadah. Beliau juga menyalurkan hartanya untuk kepentingan umum. Di dalam buku Almasyra' Arrawiyfi Manaqib Assadah Al-kiram Bani Alawiy,beliau disebutkan bahawa, " dalam kedermawanannya bagaikan seorang amir, namun dalam dalam tawaddu' bagaikan seorang fakir ". Beliau sangat senang menampakkan nikmat Allah ke atas dirinya dengan mengenakan pakaian indah, kenderaan rang megah dan rumah kediaman yang mewah. [12]Ali Zainal-Abidin bin Abdullah bin Syeikh Al-'Aidarus adalah seorang Imam yang terkenal dalam berbagai ilmu. Guru utamanya ialah ayahnya sendiri. Beliau bertindak sebagai murid dan pelayan ayahnya, dan tidak pernah berpisah dengan ayahnya selama ayahnya masih hidup. Setelah ayahnya wafat, Zain Al-Abidin menggantikan ayahnya sebagai naqib. Beljau mencurahkan sepenuh tenaga dan pemikiran untuk kepentingan umum dan Ba'alawi khususnya. Beliau dihormati oleh Sultan-sultan di Yaman, dan dalam menjalankan urusan pentadbiran, mereka merujuk kepada beliau sebelum membuat apa-apa keputusan. Ini menyebabkan Zain Al-Abidin mempunyai ramai musuh. Akan tetapi kebijaksanaan beliau dalam mengendalikan musuh-musuh tersebut dapat menawan hatI mereka, yang pada akhirnya musuh bertukar menjadi sahabat. Selain daripada mempunyai pengetahuan dan kewibawaan yang tinggi di dalam ilmu Syari'at, Tasawuf dan Bahasa Arab, beliau juga mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam dalam bidang pertanian yang diajarkan kepada ramai. Diakhir hayatnya, beliau juga terkenal sebagai seorang tabib yang berwibawa. [13]Dalam tahun 1930-an adalah dianggarkan bahawa sekurang-kurangnya 13,000 orang daripada keturunan Ba'alawi berada di Hyderabad, India. Ramai di antara mereka menjadi anggota dan pegawai tentera Nizam Hyderabad (Nizam's Arabian Regiment). Sumber dipetik daripada buku "Hadramaut -Some of Its Mysteries Unveiled oleh D. Van Der Meulen dan H. Von Wissmann. [14]Muhanunad bin Ahmad As-Syathiri, didalam buku beliau, Sirah As-Salaf Min Bani Alawiy Al-Hussainiyin, untuk membuktikan perkara ini, telah meriwayatkan bahawa Sultan Badr bin Thuwairiq pernah menzahirkan hasrat baginda untuk turun daripada takhta dan menyerahkan kuasa dan pemerintahan kepada Al-Imam Hussain bin Syaikh Abu Bakar bin Salim (wafat l044H/1635M). Akan tetapi Imam Hussain secara bijaksana menolak dan meyakinkan baginda supaya terus memerintah, serta berjanji memberi segala bantuan dan nasihat kepada baginda. [15]Lihat Soal Jawab Agama Islam oleh Prof Dr. Hamka. penerbitan Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur. 1978. ms 58 [16]Dari Abu Hurairah r.a .katanya bersabda Rasulullah s.a.w : "Pelajarilah olehmu tentang nasab-nasab kamu agar dapat terjalin dengannya tali persaudaraan kamu. Sesungguhnya menjalin tali persaudaraan itu akan membawa kecintaan terhadap keluarga, menambah harta, dan memanjangkan umur". Diriwayatkan oleh Ahmad dalam musnadnya. Tarmizi dan Al-Hakim.
9/6/08 07:18 am

Pelapis ulama PAS 'paling tidak memuaskan' | | Jimadie Shah Othman | Sep 5, 08 3:26pm | dikemaskini Barisan pelapis kepemimpinan ulama PAS kini berada dalam keadaan krisis – pengetahuan mereka yang berusia bawah 40 tahun "paling tidak memuaskan" dan tertumpu aspek keagamaan sahaja.
"Saya selalu dengar ceramah-ceramah ulama muda ini. Masih stereotaip (hujahnya). Daripada ucapannya, kita tahu sudut bacaannya, kefahamannya," kata Naib Presiden PAS Mohamad Sabu kepada Malaysiakini.
"Masih mengecewakan saya," jelasnya lagi, mengulas prestasi kepemimpinan ulama yang disokong beliau sejak ia diperkenalkan awal 1980-an selepas PAS terpengaruh dengan kejayaan Revolusi Islam di Iran.
Berbeza dengan generasi tua pemimpin ulama parti itu, kata penceramah popular itu, barisan muda lulusan agama dalam PAS sekarang dilatih di negara-negara Arab yang tidak demokratik sehingga menyebabkan mereka hanya bertujuan lulus peperiksaan.
"Sebab kita lihat, latar pengajian mereka di Mesir, Arab Saudi, atau Syria. Negara-negara ini terkongkong daripada sudut politiknya, pendedahannya, dengan penindasan yang berlaku di sana.
"Sekarang ini, kalau di Mesir, Syria dan negeri-negeri Arab, semuanya negeri yang diktator. Jadi, aliran pengajian mereka (bergantung) kepada buku (sahaja) untuk lulus peperiksaan.
"(Keadaan) itu yang saya rasa rimas sedikit dengan perkembangan semacam ini," kata Mohamad sewaktu ditemui di kediamannya di Shah Alam semalam.
"Berlainan dengan ulama-ulama kita di tahun 1950-an dan 1960-an. Kebanyakannya lulusan (agama) dari India.
"Jadi di sana, di universiti-universiti Aligarh, Deoband dan sebagainya, (orientasinya) lebih bersikap sains politik. (Misalnya) profesor Zulkifli Mohamad di zaman itu." Bekas ahli parlimen Kuala Kedah itu menambah, barisan ulama di beberapa negara lain seperti Iran dan Lubnan mempunyai gabungan kepakaran ilmu-ilmu kontemporari dan ilmu agama.
"Kita harap ulama-ulama kita pun sampai ke peringkat itu. Ertinya, bukan hanya bidang fekah semata-mata tetapi boleh bercakap dalam pelbagai bidang.
Mohamad bagaimanapun tetap menyokong kepemimpinan ulama PAS dan berharap pengetahuan barisan ulama parti itu menguasai lebih banyak pengetahuan semasa dan berani mengetengahkan khazanah ilmu Islam untuk diterapkan dalam politik Malaysia.
Beliau enggan mengulas saranan ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub yang berhasrat menganjurkan seminar penilaian semula kepemimpinan ulama seperti ucapan dasarnya di muktamar dewan itu di Ipoh, bulan lalu. [LIHAT VIDEO DI SINI]
Teks penuh wawancara isu tersebut seperti berikut:
Malaysiakini: Bagaimana Tuan Haji melihat kepimpinan ulama sekarang ini dalam PAS?
Mohamad: Saya setuju kepimpinan ulama diteruskan. Ulama sendiri (bagaimanapun) perlu bersedia menimba ilmu dan berkecimpung dalam hal-hal politik, (kualiti kepimpinan ulama) mesti dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Kepimpinan ulama timbul (dalam PAS) selepas Revolusi Iran 1979. Cuma pada waktu itu, kerana (wujud konsep) kepimpinan ulama, pemeriksa kira-kira pun, di peringkat kawasan (PAS), kalau boleh mereka hendak (lantik) seorang ustaz. Itu salah kefahaman di masa itu.
Kepimpinan ulama itu (bermaksud) parti dipandu sepenuhnya oleh sebuah majlis yang dipanggil Majlis Syura. Di peringkat eksekutif, sesiapa pun boleh, asalkan bertaqwa.
Macam kita lihat presiden Iran, boleh (lantik) seorang ulama macam Akbar Hashemi Rafsanjani, Mohammad Khatami - hujjatul Islam.
Boleh juga seseorang yang latar belakangnya seorang guru, seperti Mohammad Ali Rajai atau latar belakang (aktivis pelajar) seperti sekarang ini, (presiden kini) Mahmoud Ahmadinejad.
Jadi, semua mereka ini bekerja bawah satu panduan majlis ulama (Iran).
Kepimpinan ulama, apakah ia masih berkesan atau memerlukan banyak peningkatan?
Perlu banyak peningkatan. Ulama-ulama sendiri, kalau di Iran, mereka kadang-kadang ada kelulusan doktor falsafah (PhD) dalam bidang perancangan bandar (dari luar negara). Mereka pulang, belajar di Qom (pusat pendidikan agama terulung) tujuh hingga lapan tahun.
Apabila berunding di peringkat antarabangsa, orang tengok seseorang (pemimpin Iran) ini berserban, tetapi latar belakangnya PhD dalam pelbagai bidang.
Misalnya, apabila mereka pergi ke Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berunding tentang nuklear (kontroversi pembinaan loji antara negara itu dengan Amerika Syarikat), (kalau) kita kata (tertanya-tanya), beliau dari pondok mana?
Padahal beliau seorang (pemegang) PhD yang kemudiannya belajar (di Qom) untuk mengambil peringkat hujjatul Islam. Jadi, ulama-ulamanya sampai ke peringkat itu.
Kita berharap ulama-ulama kita pun sampai ke peringkat itu.
Ertinya, (mereka) bukan hanya (menguasai) bidang fekah semata-mata tetapi boleh bercakap dalam segala bidang. Jadi, kepimpinan ulama perlu dipertahankan tetapi perlu peningkatan.
Masalah utama sekarang, ulama kita tidak akses ilmu-ilmu luar (bukan agama)?
Ya, ia perlu. Kerana kegagalan-kegagalan gerakan Islam, saya nampak, antaranya garis panduan dan dasarnya tidak kuat. Jadi, dasar itu mestilah kuat, (dan) dipegang orang yang begitu hebat.
Tetapi di peringkat eksekutif, mungkin doktor, mungkin seorang ustaz, mungkin seorang ulama, tetapi mereka yang mengetahui serba-serbi untuk mempertahankan dasar-dasar Islam.
Di muktamar Pemuda PAS, (ketuanya) Salahuddin Ayub menyebut dalam ucapan dasarnya, kepimpinan ulama perlu "penilaian semula." Jadi, sebenarnya apa masalah utama?
Macam saya sebut tadi...
Masalah akses ilmu?
Masalah akses ilmu. Apabila seseorang itu mendapat PhD dalam syariah. Bagi orang kita, orang Malaysia ini, (kelulusan) macam itu dikira tamat pengajian. Tetapi bagi orang lain, (kelulusan) itu hanya satu permulaan. Dia akan belajar lagi dan duduk di satu tempat (untuk mendalami lagi ilmu).
Sejauh mana seriusnya masalah ini (dalam PAS)?
Kita kena terus mendesaklah. Kita berharap generasi ulama muda akan memainkan lebih peranan.
Misalnya kita bercakap (soal) peradaban Barat, etika Barat, ulama berkata kita mesti arif tentang perkara-perkara ini. Sebab, kalau kita ingin melawan Barat ini, ... sedangkan etika (Islam) kita yang lebih baik tidak kita terjemahkan, ...
Tuan Haji melihat kebangkitan ulama muda ini, tokoh-tokohnya?
Masih mengecewakan saya. Misalnya saya ambil contoh sekarang. Yang menonjolkan (idea) hendak memerintah mengikut cara (khalifah Islam) Umar Abdul Aziz, (ketua menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng. Kenapa?
Sebab beliau tahu bagaimana (keadilan) pembahagian kekayaan antara harta kerajaan dengan harta peribadi – yang juga disebut oleh (menteri besar Selangor) Tan Sri Khalid Ibrahim.
Khazanah (ilmu) Islam ini yang ulama kita perlu tonjolkan -- pemerintahan yang baik pada masa akan datang.
Nampaknya tokoh-tokoh ulama dalam PAS, yang muda-muda ini...
Kurang menonjolkan perkara-perkara seperti ini.
Dan kurang berkualiti jika dimaksudkan dengan yang lama maksudnya?
Kalau dibandingkan dengan ulama kita, bukan soal pakaian maksudnya. Kalau kita bandingkan dengan (pemimpin Hizbullah di Lubnan) Hassan Nasrullah.
Bagaimana dengan serbannya itu beliau dapat memikat semua kumpulan – Kristian Druz, Sunni, Syiah, semua menghormatinya, pemikirannya dan kepimpinannya.
Ulama-ulama seperti ini yang saya hendak lihat muncul. Setakat ini saya...
Tidak ada? Kurang?
Hendak kata tidak ada... Itulah, paling tidak memuaskan.
Tuan Haji sebut kepimpinan ulama perlu peningkatan, tetapi Salahuddin menyebut "penilaian semula".
Itu pendapat peribadi beliau. Saya nampak begitu (seperti dijelaskan di atas).
Saya selalu mendengar ceramah-ceramah ulama muda ini. Masih stereotaip (hujahnya). Daripada ucapannya kita tahu sudut bacaannya, kefahamannya.
Antaranya Tuan Haji?
(Ketawa) Tidak boleh sebut namalah. Saya sebut secara umum. Jadi, saya nampak peningkatan itu ... (sangat kurang)
Mereka ini dapat lingkungan umur?
Bawah 40 tahun.
Mereka ini kurang (kewibawaan) berbanding ulama berumur atas 40 tahun?
Sebab kita lihat, latar pengajian mereka di Mesir, Arab Saudi, atau Syria.
Negara-negara ini terkongkong daripada sudut politiknya, pendedahannya, dengan penindasan yang berlaku di sana.
Tidak ada demokrasi, lebih teruk daripada (demokrasi) Malaysia.
Berlainan dengan ulama-ulama kita di tahun 1950-an dan 1960-an. Kebanyakannya lulusan dari India.
Jadi di sana itu, universiti-universiti Aligarh, Deoband dan sebagainya, (orientasinya) lebih bersikap sains politik.
Lepas itu mereka balik. Misalnya (pemimpin PAS) profesor Zulkifli Mohamad di zaman itu.
Tetapi sekarang ini, kalau di Mesir, Syria dan negeri-negeri Arab, semuanya negeri yang diktator. Jadi, aliran pengajian mereka (bergantung) kepada buku (sahaja) untuk lulus peperiksaan.
Itu yang saya rasa rimas sedikit dengan perkembangan semacam ini.
Istilah "penilaian semula" yang digunakan (Pemuda PAS) itu berat dan serius. Sebab, menilai semula boleh bermaksud menolak atau menerima (kepemimpinan ulama).
(Perkara) itu kena tanya Ketua Pemuda. Bagi saya, dasar itu sudah elok. Majlis Syura itu semuanya sudah elok. Cuma peningkatan perlu dibuat.
Apakah (kenyataan) ini menunjukkan Pemuda PAS tidak selesa dengan kepimpinan ulama?
Saya tidak mahu komenlah perkara itu. (Ketawa kecil) Kena tanya Salahuddin sendiri perkara itu.
Adakah kepimpinan ulama ini lebih mirip kepada pendekatan Syiah? Kalau dalam (politik) Sunni, perkara ini tidak berapa jelas.
Saya tidak nampak (isu) mazhab di situ. Sebab dunia Sunni ini, dan dunia Islam ini, kita tengok apabila kita merdeka, kembali kepada kediktatoran sebab garis panduan tidak ada. Masa revolusi itu, bagus, tetapi ia kembali kepada (pemerintahan) diktator.
Macam (bekas presiden Iraq) Saddam Hussein, sediakan anaknya (sebagai pengganti). Kemudian (bekas presiden Syria) Hafiz al-Asad, juga mewariskan (kuasa) kepada anak dia.
(Presiden Libya) Muammar Gaddafi juga sedang menyediakan anaknya (sebagai pengganti).
Dan kita balik kepada (kedikdatoran) itu. Dan kita lihat, di negara-negara orang Islam, imejnya (demokrasi) tidak ada sebab garis panduannya tidak ada.
Dalam kepimpinan ulama kita, dasar ini (demokrasi) saya pegang sungguh-sungguh. Tetapi saya kata, pengisiannya itu.
Kalau (kepemimpinan ulama) itu kita kata (pendekatan) Syiah, dalam negara Sunni, manakah modelnya yang hendak kita tonjolkan?
Maknanya (kepemimpinan ulama) merentas aliran?
Maknanya merentas aliran. Jadi, dasarnya tidak salah. Yang saya sebut ini, pengisiannya itu.
Bahagian I PAS 'tunggu dan lihat' 16 Sept Bahagian ketiga (esok) Anwar hanya berkesan tarik undi bukan Melayu
|
Technorati Tags: Leadership
9/6/08 02:43 am

Berkuasa menjadi sekular -vs- Berkuasa menjadi Khalifah Allah 5 09 2008
Berkuasa menjadi sekular -vs- Berkuasa menjadi Khalifah Allah PDF Print E-mail
Rabu, 27 Ogos 2008 20:24 Setelah laporan liwat dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun 2008 lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah dengan lantangnya menyatakan bahawa itu semua merupakan konspirasi politik yang ingin membunuh karier politiknya sebagaimana yang pernah terjadi pada tahun 1998 dahulu. Malah, beliau turut menyatakan bahawa “komplot” tersebut dibuat semata-mata untuk menyekatnya daripada mengumumkan yang beliau akan bertanding di pilihan raya kecil serta mengumumkan 5 orang ahli parlimen BN yang akan menyeberang ke Pakatan Rakyat (PR) pada minggu tersebut. Semasa melakukan road-show di beberapa tempat di serata Malaysia, DSAI membayangkan beberapa tempat yang bakal menyaksikannya bertanding dalam pilihan raya kecil.
Pelbagai teka-teki dimainkan yang akhirnya terjawab apabila Dato’ Seri Dr. Wan Azizah, selaku penyandang kerusi parlimen P.044 Permatang Pauh selama 10 tahun ini, mengumumkan pengundurannya sebagai wakil rakyat pada 31 Julai 2008 dan sekali gus memberikan laluan kepada suaminya, DSAI untuk bertanding dalam pilihan raya kecil untuk mengisi kekosongan terancang kerusi tersebut.
Pada 8 Ogos 2008, Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) mengumumkan kekosongan kerusi Parlimen P.044 dan terbuka untuk dipertandingkan. Sehari sebelum penamaan calon yang menyaksikan pertandingan 3 penjuru berlaku antara Datuk Arif Shah Omar dari Barisan Nasional (BN), DSAI dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Mamat, Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta menjadi saksi akan Mohd Saiful Bukhari Azlan melafazkan sumpah laknat dengan menyatakan bahawa DSAI telah meliwatnya pada 26 Jun 2008. Lantas, dengan itu ada pihak yang mendakwa bahawa sumpah Saiful Bukhari tersebut semata-mata merupakan permainan kotor BN untuk semakin mencemarkan peribadi DSAI yang memang sudah sedia ada terpalit kotoran terutamanya menjelang penamaan calon pada keesokan harinya.
Kempen terus dilangsungkan dengan diwarnai pelbagai adegan seperti yang dilaporkan media massa. Memang ini merupakan lumrah bagi kempen pilihan raya dalam sistem demokrasi yang diwarnai dengan adegan memukul wakil media, gaduh, raba, aksi lucah, isu bom palsu di bilik gerakan serta laporan polis yang telah lebih dari 40 laporan diterima, meskipun dilaporkan bahawa Unit Tindakan Khas (UTK) dan Komando 69 telah ditempatkan di Permatang Pauh. Selain ‘agendanya’ dimulai di Masjid Wilayah Kuala Lumpur, Datuk Seri Najib Tun Razak turut bersumpah di Masjid Jamek Guar Perahu pada 22 Ogos 2008 semasa majlis penyampaian sumbangan sebanyak RM1.4 juta kepada masjid-masjid di sekitar Permatang Pauh dengan menyatakan yang beliau tidak terlibat dengan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Syaariibuu, malah tidak mengenalinya dengan harapan sumpahnya mampu membersihkan diri dari pertuduhan yang sering dilontarkan oleh DSAI yang sering mengaitkannya dengan kes tersebut. Selain itu, Pak Lah turut tidak terlepas berkempen dengan mengumumkan langkah popularnya menurunkan harga minyak antara 8 sen ke 22 sen seliter bermula 23 Ogos 2008.
Hari pengundian dijalankan pada 26 Ogos 2008 dengan kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengumumkan cuti umum agar memudahkan urusan pengundi- pengundi di Permatang Pauh untuk turun mengundi. Pos-pos mengundi dibuka seawal jam 8.00 pagi dan ditutup 5.00 petang sebelum proses penjumlahan undi dilakukan di Institut Perguruan Tuanku Bainun, Mengkuang dengan peti yang terakhir tiba pada pukul 8.25 malam dari Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir. Semasa proses pengiraan undi dijalankan, beribu- ribu orang berkumpul di tempat penjumlahan undi dari penyokong parti-parti yang bertanding. Apabila keputusan pilihan raya kecil ini diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), keputusan memihak kepada DSAI, yang telah menang dengan majoriti 15,671 undi dan disambut dengan tepuk sorak penyokong-penyokong yang sanggup berkumpul semenjak lewat petang. Ramai yang menyatakan bahawa, kemenangan DSAI bukanlah kemenangan bagi pengundi di Permatang Pauh, malah merupakan kemenangan bagi seluruh rakyat Malaysia. Bagi Timbalan Perdana Menteri pula, ia merupakan “cermin kepada amalan demokrasi yang masih segar” di Malaysia.
Itulah senario yang berlaku. Lalu apakah reaksi kita? Sebagai umat Islam, kita haruslah memandang bahawa memimpin dan menjadi seorang pemimpin merupakan satu amanah daripada Allah dan pembawa amanah ini haruslah menyempurnakan amanah tersebut dengan sebaik-baiknya berlandaskan suruhan serta larangan Allah. Amanah tersebut pastinya akan dipertanyakan oleh Allah di akhirat nanti. Hadis dari Ibnu Umar r.a meriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya bahawa Baginda telah bersabda:
“Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.”
Oleh itu, meskipun kemenangan yang diraih oleh DSAI melalui sistem demokrasi kufur yang diterapkan sekarang ini, ia tetap merupakan satu amanah daripada Allah. Amanah agar mentadbir dan memimpin dengan hukum-hukum yang telah diturunkan Allah, dan bukannya dengan hukum-hukum selainnya. Kekuasaan merupakan anugerah Allah, dan bukannya satu barang perebutan, percakaran dan seterusnya menjadi agen perpecahan sesama umat Islam. Meskipun pelbagai konspirasi dilakukan dan pelbagai usaha dilaksanakan untuk meraihnya, sekiranya Allah tidak menghendakinya, ia pasti tidak akan terjadi. Sebagaimana firman Allah :
“Katakanlah, ‘Wahai Tuhan yang mempunyai kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kekuasaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” [TMQ Ali Imran (3):26]
Bagi pejuang- pejuang yang benar-benar ikhlas menegakkan agama Allah di muka bumi ini dengan mendirikan semula Daulah Khilafah yang telah runtuh, mereka pastinya tidak akan lupa akan firman Allah :
“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun denganKu. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” [TMQ An-Nur (24):55]
Bagi DSAI pula, ini merupakan peluang cerah bagi beliau untuk melakukan muhasabah secara lebih terbuka terhadap para pemimpin Malaysia, agar kembali kepada agama Allah, dengan menerapkan Islam dalam pemerintahan dan bukannya memerintah menurut hawa nafsu yang tanpa panduan dari Al-Quran dan sunah Rasulullah SAW. Muhasabah ini haruslah dilakukan sedaya upaya agar keadilan dan keamanan yang dilaksanakan oleh pemerintah merupakan keadilan dan keamanan Islam, dan bukannya keadilan dan keamanan sekular yang sebenarnya tak pernah berlaku adil tak pernah aman.
Akhir sekali, DSAI Anwar sewajibnya berusaha untuk menegakkan kembali Khilafah, sebuah institusi politik agung umat Islam yang diwajibkan penegakannya oleh Allah dan Rasul ke atas umat Islam. DSAI tidak sepatutnya mengimpikan untuk menjadi Perdana Menteri, malah lebih jauh dari itu, jika beliau benar-benar ingin menjadi ketua negara, maka beliau sepatutnya berusaha ke arah menjadi seorang Khalifah, yang akan memerintah dengan kitabullah dan sunah RasulNya, bukannya memerintah dengan sistem demokrasi dan undang-undang kufur yang ada sekarang. Peluang kini ada di depan mata, pilihan pula ada di tangan, jalan ke syurgakah atau jalan ke nerakakah yang akan dipilih, dan jangan lupa, ada Zat Yang Maha Kuasa sedang memerhatikan!
9/5/08 10:57 pm

Guan Eng umum tubuh SAR, kembalikan bantuan perkapita Mohd Sabri Said Fri | Sep 05, 08 | 12:22:45 pm MYT
PULAU PINANG, 5 Sept (Hrkh) - Kerajaan Negeri Pulau Pinang bercadang menubuhkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) sendiri tidak lama lagi di kawasan yang akan dimaklumkan kemudian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Iklan
Jelasnya dalam majlis berbuka puasa bersama kepimpinan PAS Negeri di Restoran Kassim Mustaffa di Seberang Jaya semalam beliau menambah, semua cadangan itu akan diuruskan oleh Exco Hal Ehwal Agama, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Penerangan dan Perhubungan Masyarakat, Mohamad Fairus Khairudin.
Beliau berharap Adun Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman bekerjasama dengan Mohamad Fairus untuk berbincang mengenainya di samping membantu merealisasikan perancangan agar tidak ketinggalan.
"Kerajaan Negeri sedang merancang untuk menubuhkan SAR sendiri tidak lama lagi namun tempat, berapa buah dan peruntukan akan diberitahu kelak, " ujarnya.
Kerajaan Negeri juga akan mengembalikan peruntukan kepada SAR setelah dicantas oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) di era bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad.
Peruntukan itu amat wajar tegasnya, untuk menghidupkan pergerakan persekolah agama untuk generasi Islam.
Menurut Lim lagi, Kerajaan Pakatan Rakyat bukan sepertimana BN yang sanggup menghukum SAR kerana sokongan pada parti itu kurang kononnya kebanyakan orang Melayu berpaling tadah menyokong pembangkang.
"Bila peruntukan dicantas oleh Kerajaan BN ia memberi kesan terhadap pendidikan terutamanya pihak sekolah yang mengelolakannya. Setelah berkuasa kita akan beri kembali, " katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan. - mks._
9/3/08 06:40 am
| Iran Luncurkan Satelit "Safir", AS Gelisah |  |  | Ditulis Oleh Muhsin Labib | Selasa, 19 Agustus 2008 |
Hari Ahad (17 Agustus 2008), Badan Antariksa Iran mengumumkan keberhasiannya meluncurkan roket angkasa bernama Safir (Sang Utusan) demi memasang satelit guna menopang teknologi komunikasi.
Beberapa hari sebelumnya, Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, seusai kunjungan resmi ke Turki, mengumumkan bahwa negaranya tidak lama lagi akan tercantum dalam list 10 negara pembuat satelit angkasa.
Ahamdinejad dalam upcara peluncuran tersebut, mengatakan bahwa "kekuatan-kekuatan setan di dunia tidak menghendaki Iran memiliki kemampuan teknologi karena menolak adanya perimbangan kekuatan dan kemampuan di dunia."
Dalam wawancara dengan telivisi internasional, alalam, Ketua Badan Antariksa Iran, Mohammad Rez Pour, mengatakan bahwa satelit buatan putra bangsa Iran itu, dipersilakan untuk digunakan oleh seluruh negara Islam.
Sejumlah sumber, sebagaimana dikutip aljazeera, dalam empat tahun ke depan, Iran akan melumcurkan empat satelit untuk riset, terutama dalam rangka mendeteksi bencana-bencana alam.
Pada tahun 2005, Iran telah meluncurkan satelit bernama Sina' dengan menggunakan peluncur roket Rusia. Namun, Iran mengatakan bahwa roket angkasa yang diluncurkannya kali ini adalah produknya murni.
Sementara itu, sebagaimana dilaporkan oleh telivisi aljazeera, pemerintah Amerika Serikat, melalui Jubir Gedung Putih, secara terang-terangan mengungkapkan kegelisahannya atas peluncuran tersebut, karena menduga bahwa makin cepatnya kemajuan teknologi negeri Mulla itu akan semakin mengancam eksistensi Israel. |
9/2/08 08:09 pm
Senarai semak amalan-amalan sunnah disepanjang Ramadan
Dilulus terbit pada Tuesday, September 02 @ 17:52:38 MYT oleh SongkokPutih
Oleh asli
") Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.
2) Mengtakhirkan Besahur di akhir malam .
Nabi SAW bersabda :" Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur" Hadis Riawayat Muslim, 2/770
Nabi juga bersabda : "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya"
Hadis Riwayat al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim
Waktu yang terbaik untuk makan sahur : adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan.
Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:
"Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kira-kira (membaca) lima puluh ayat." -
Hadis riwayat al-Bukhari no: 1921.
Peringatan !! : Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW 3) Mendirikan solat sunat tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah (bagi lelaki).
4) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.
Disunnahkan kepada seluruh umat Islam agar bertadarus (membaca dan mempelajari) al-Quran. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bertadarus al-Quran bersama Jibril a.s pada setiap malam di bulan Ramadan. Ibn Abbas r.a berkata:
"Jibril a.s menemuinya (Nabi s.a.w ) pada setiap malam di bulan Ramadan hingga bulan itu berlalu. Nabi s.a.w memperdengarkan bacaan al-Quran kepadanya."
Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 1902.
Terdapat ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan membaca al-quran di atas amalan sunat seperti menelaah kitab, membaca hadith dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling diambil berat oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail as.
4) Mengerjakan solat fardu secara berjemaah (bagi lelaki) dan solat sunat sunnah yang diajar nabi. Anata solat sunat sunnah : solat sunat rawatib 12 rakaaat (qabliah dan ba'diah),solat sunat wudhuk, solat sunat dhuha
5) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.
Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaiaman di tegaskan oleh Nabi S.a.w :- ثلاثة حق على الله أن لا يرد لهم دعوة : الصائم حتى يفطر والمظلوم حتى ينتصر والمسافر حتى يرجع Ertinya : Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga bebruka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang"
Riwayat Al-Bazaar
Sebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan :-
Ertinya : Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi"
( Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah ; Hadis Hasan menurut Imam At-Tirmidzi dan Ibn Hajar, sohih menurut Syeikh Ahmad Syakir)
6) Memperbanyakan doa ketika hampir berbuka Ini kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadith Nabi s.a.w : إن للصائم عند فطره لدعوة ما ترد Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala wkatu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak
(Riwayat Ibn Majah ; Sohih
7) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib. Berdasarkan hadith Nabi SAW : لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر Ertinya : "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepannjang kamu menyegerakan berbuka"
Riwayat Al-Bukhari, 4/1957.
Berbuka juga perlu didahulukan sebelum menunaikan solat maghrib, malah jika pada hari tersebut tahap kelaparan kita agak luar biasa, lebih baik kita berbuka dan makan sekadar kelaparan tidak mengganggu solat Magrhib kita. Disebutkan bahawa tidaklah Nabi SAW menunaikan solat Maghrib kecuali setelah berbuka walaupun hanya dengan segelas air. (Abu Ya'la dan al-Bazzar : hadith Hasan). 8) Sunnah berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن حسا حسوات من ماء Ertinya : Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rotab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air"
Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi (Riwayat Abu Daud, 2/2356 : Hadith Hasan).
Sambil memboca doa berbuka yang sohih dari nabi iaitu ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله " Zahaba az-Zama u wabtallatil ‘uruq wathabatal ajru InsyaAllah" Ertinya : "Telah hilanglah dahaga, telah basah ular leher dan telah tetap mendapat pahalanya InshaAllah "
Riwayat Abu Daud, 2/2357 : Hadith Hasan menurut Albani
10) Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta terutamanya bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin.
Umat Islam sepatutnya menggunakan kesempatan di bulan Ramadan yang penuh berkat ini dengan menggandakan amal kebajikan seperti bersedekah. Rasulullah s.a.w yang sememangnya terkenal dengan sifat dermawan sentiasa memperbanyakkan sedekah pada bulan Ramadan berbanding bulan-bulan yang lain.
Ibn Abbas r.a berkata:
Nabi s.a.w adalah manusia paling dermawan dalam hal kebaikan dan kemuncak sifat dermawanan baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadan."
Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1902.
Nabi SAW bersabda : من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا Ertinya : Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun"
Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi
. Disebut dalam sebuah hadis lain ومن أشبع صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة Ertinya : Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa ( berbuka), Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga "
Riwayat Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaymah dalam Sohihnya : rujuk juga Tuhaftul Ahwazi
11) Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih.
Boleh juga untuk menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat. 12) Memperbanyakkan bersiwak . Ia juga sohih dari Nabi SAW dari riwayat al-Bukhari.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa berpuasa :
1.Meninggalakan perkara2 mazmumah Berpuasa bukan sekadar meninggalkan makanan dan minuman. Tetapi, untuk memperolehi kesempurnaan di dalam berpuasa seseorang seharusnya juga meninggalkan perkataan-perkataan yang keji serta perbuatan-perbuatan orang jahil. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Puasa adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengerjakan rafath (perkataan yang keji) atau berbuat sesuatu perkara yang jahil (menyalahi hukum)."
Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1894
2. Meninggalakan perbuatan yang lagha (sia-sia) Justeru, disunnahkan bagi orang yang berpuasa meninggalkan perbualan yang lagha (tidak berfaedah), mengumpat, bercakap kotor, mencerca orang lain dan sebagainya. Puasa juga mendidik seseorang untuk menjadi penyabar. Oleh itu, seseorang yang berpuasa disunnahkan bersabar apabila dicerca mahupun diperangi oleh pihak lain dengan mengucapkan “sesungguhnya aku sedang berpuasa” sebagaimana sabda rasulullah s.a.w:
"Puasa adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengerjakan rafath (perkataan yang keji) dan berbuat sesuatu perkara yang jahil (menyalahi hukum). Jika seseorang itu diperangi atau dicaci, dia hendaklah berkata: Sesungguhnya aku sedang berpuasa (Nabi menyebutnya dua kali). ”
Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 1894.
3. Meninggalkan perbuatan mencerca dan memerangi termasuk percakapan bohong.
Semoga melalui ucapan itu dapat mencegah pihak lain dari mencerca atau memeranginya. Berbohong boleh mencacatkan kesempurnaan puasa. Oleh itu, syariat melarang seseorang bercakap bohong ketika berpuasa dan Allah melarang keras perbuatan dengan ancaman tidak akan menerima ibadah puasanya. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan melakukan perbuatan it uterus menerus, Allah langsung tidak berhajat (memandang) perbuatannya yang meninggalkan makan dan minum (puasa)." -
Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1903.
Rujukan : 1. Bonus Belanjawaan Vs Bonus Ramadhan oleh Ust. Zaharuddin Abdul Rahman (zaharuddin.net)
2. Amalan-Amalan Sunnah Pada Bulan Ramadan oleh Akhi Mohd Yaakub bin Mohd Yunus (al-fikrah.net) 3. Bersahur dan berbuka puasa cara Rasulullah Akhi Mohd Yaakub bin Mohd Yunus (al-fikrah.net) Sumber : As-Syafi'e.Com
8/31/08 07:14 pm

Lafadz Ratib Al-Haddad dan Kekuatan Riwayatnya
Assalamu 'alaikum wr wb. Saya tertarik dengan tulisan ustadz tentang Ratib Al-Haddad, sebab ustadz menyatakan bahwa lafadznya didasari dengan hadits yang shahih. Memang selama ini saya hanya tahu jamaah masjid dekat rumah saya sering membacanya, namun saya tidak tahu kalau ternyata lafadznya banyak yang shahih. Kalau tidak keberatan, mohon saya diberikan teksnya dan dilengkapi dengan dasar hadits atau dalilnya yang shahih. Semoga ustadz tidak berkeberatan memenuhi permintaan saya. Wassalam Alwi hadad@alwi.com JawabanAssalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Kalau kita perhatikan, hampir semua isi kandungan ratib Al-Haddad ini berisi ayat-ayat Quran yang memang telah disunnahkan untuk sering dibaca. Dan juga terdapat dzikir-dzkikir yang ma'tsur dengan dilandasi dengan hadits yang shahih. Sehingga menurut Habib Mundzir, untuk membaca ratib Al-Haddad ini tidak perlu lagi dapat 'ijazah', atau izin dari seorang ulama. Sebab semua berisi ayat dan hadits shahih. Berbeda dengan ratib lainnya, ada yang mesti harus ada ijazahnya. Perlunya ijazah ini karena masih belum bisa dijamin keshahihan atau kebenaran lafadz yang terdapat di dalam gubahan dan rangkaian doa di dalamnya. Ibarat cetakan mushaf Al-Quran, Departemen Agama RI biasanya menyematkan tanda tashih yang berarti isi cetakannya sudah diteliti dengan benar dan dijamin tidak ada kesalahan dalam penulisan. Ijazah dari seorang ulama atas suatu teks ratib kira-kira berfungsi demikian juga, yaitu untuk memastikan tidak adanya teks yang bertentangan dengan akidah atau pun syariah. Isi Kandungan Ratib Al-Haddad 1. Surat Al-Fatihah بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. اَلرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ. ماَلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ إِيِّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ. اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ. صِرَاطَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِّيْنَ. آمِيْنِ Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai hari Pembalasan hari Akhirat). Engkaulah sahaja Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjuklah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula jalan) orang-orang yang sesat.
Tidak ada seorang pun yang meragukan fadhilah atau keutaman membaca surat Al-Fatihah ini. Bahkan surat ini juga dinamakan surat 'Ruqyah' berdasarkan hadits yang shahih yang terdapat di dalam Shahih Bukhari, bab Ma yu'tha firruqyati 'ala ahya'il arab bi fatihatil kitab hadits no. 2276 dan juga dalam Shahih Muslim kitabus salam bab jawazu akhdzil ujrah 'alarruqyati bil quran wal-adzkar no. 65. 2. Ayat Kursi Ratib ini kemudian diteruskan dengan membaca ayat Kursi yang terkenal itu. اَللهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّموَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِيْ يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيْهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيْطُوْنَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَآءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُدُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ العَلِيُّ العَظِيْمُ. Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya. Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. Luasnya Kursi Allah meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar. QS. Al-Baqarah: 255) Tentang keutamaan kita membaca ayat kursi ini, setidaknya ada 99 hadits yang menerangkan fadhilahnya. Di antaranya ialah untuk menolak syaitan, benteng pertahanan, melapangkan fikiran dan menambahkan iman. 3. Ayat-ayat Penghabisan Surat Al-Baqarah Setelah itu ratib ini diteruskan dengan membaca ayat-ayat penghabisan dari surat Al-Baqarah: آمَنَ الرَّسُوْلُ بِمَآ أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّه وَالْمُؤْمِنُوْنَ كُلٌّ آمَنَ بِاللهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْناَ وَأَطَعْناَ غُفْراَنَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيْرُ. Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. Katakan): “Kami tidak membezakan antara seorang rasul dengan rasul-rasul yang lain." Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali” QS Al-Baqarah 285) Diriwayatkan daripada Abu Mas'ud al-Badri r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah, memadai kepada seseorang yang membacanya pada malam hari sebagai pelindung dirinya. لاََ يُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَآ إِنْ نَسِيْنَآ أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَالاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنآ أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْناَ عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala atas kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa atas kejahatan yang diusahakannya. Mereka berdoa dengan berkata), "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir” QS Al-Baqarah Ayat 286) Dari Muslim, diriwayatkan daripada Abdullah ibn Abbas r.a.: Apabila Jibril sedang duduk dengan Rasulullah s.a.w., dia mendengar bunyi pintu di atasnya. Dia mengangkat kepalanya lalu berkata: “Ini ialah bunyi sebuah pintu di syurga yang tidak pernah dibuka.” Lalu satu malaikat pun turun, dan Jibril berkata lagi, “Ia malaikat yang tidak pernah turun ke bumi” Malaikat itu memberi salam lalu berkata, “Bersyukurlah atas dua cahaya yang diberi kepadamu yang tidak pernah diberi kepada rasul-rasul sebelummu-“Fatihat al-Kitab dan ayat penghabisan Surah al-Baqarah”. Kamu akan mendapat manfaat setiap kali kamu membacanya. 4. Dikir لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. Tiada Tuhan Melainkan Allah, Yang satu dan tiada sekutu bagi- Nya. Bagi-Nya segala kekuasaan, dan bagi-Nya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia sangat berkuasa atas segala sesuatu Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu bahwa Rasulullah SAW berkata, “Siapa yang membaca ayat ini seratus kali sehari, pahalanya seperti memerdekakan sepuluh orang hamba, Seratus kebajikan dituliskan untuknya dan seratus keburukan dibuang darinya, dan menjadi benteng dari gangguan syaitan sepanjang hari.”HR Bukhari, Muslim dan Malik) 5. Lafadz Al-Baqiyaushshalihat سٌبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اْللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ. Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Tuhan Yang Maha Besar. Dari Samurah ibn Jundah bahwa Rasulullah s.a.w bersabda: Zikir-zikir yang paling dekat di sisi Allah adalah empat, yaitu tasbih, takbir, tahmid dan tahlil, tidak berbeda yang mana aturannya apabila engkau berzikirullah. HR Muslim) 6. Tasbih سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحاَنَ اللهِ الْعَظِيْمِ. Maha suci Allah segala puji khusus bagi-Nya, Maha suci Allah Yang Maha Agung Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Dua zikir yang mudah di atas lidah tetapi berat pahalanya dan disukai oleh Allah ialah: 'SubhanAllah al-Azim dan 'SubhanAllah wa bihamdihi.”HR Bukhari) 7. Minta Ampun dan Tobat رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْ Ya Allah ampunlah dosaku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Dalilnya adalah beberapa ayat Quran berikut ini: “Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah; karena sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.QS. Surah 4: An-Nisa’; Ayat 106: ) Juga Surah 11: Hud; Ayat 90 8. Shalawat Kepada Nabi SAW اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّمْ. Ya Allah, cucurkan selawat ke atas Muhammad, Ya Allah, cucurkan selawat ke atasnya dan kesejahteraan-Mu. Dalilnya sangat banyak yang menganjurkan kita untuk bershalawat kepada Nabi SAW, di antaranya ayat berikut ini: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi; wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan yang sepenuhnya. QS. Al-Ahzab: 56) Dari Abdullah bin Amr berkatabahwa RAsulullah SAW bersabda: “Orang yang bershalawat kepadaku sekali, Allah akan bershalawat kepadanya sepuluh kali. HR Muslim) 9. Minta Perlindungan kepada Allah أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّاتِ مِنْ شَرِّمَا خَلَق Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk-Nya.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca doa ini tiga kali, tiada apa-apa malapetaka akan terjatuh atasnya.” HR Abu Dawud dan Tirmizi, ) بِسْـمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُـرُّ مَعَ اسْـمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي الْسَّمَـآءِ وَهُوَ الْسَّمِيْـعُ الْعَلِيْـمُ. Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada suatu pun, baik di bumi mahupun di langit dapat memberi bencana, dan Dia Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Hamba-hamba Allah yang membaca doa ini pada waktu pagi dan petang tiga kali, tiada apa jua kesakitan akan dialaminya.” HR Ibn Hibban) 10. Menyatakan Keridhaan Kepada Allah, Islam dan Muhammad رَضِيْنَـا بِاللهِ رَبًّا وَبِالإِسْـلاَمِ دِيْنـًا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيّـًا Kami redha Allah sebagai Tuhan kami, Islam sebagai Agama kami dan Muhammad sebagai Nabi kami. 11. Basmalah بِسْمِ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَالْخَيْرُ وَالشَّـرُّ بِمَشِيْئَـةِ اللهِ. Dengan Nama Allah, segala pujian bagi-Nya, dan segala kebaikan dan kejahatan adalah kehendak Allah. Rasulullah s.a.w. bersabda: Wahai Abu Hurairah, bila kamu keluar negeri untuk berniaga, bacakan ayat ini supaya ia membawa kamu ke jalan yang benar. Dan setiap perbuatan mesti bermula dengan ‘Bismillah’ dan penutupnya ialah “Alhamdulillah”. 12. Taubat . آمَنَّا بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ تُبْناَ إِلَى اللهِ باَطِناً وَظَاهِرًا. Kami beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, dan kami bertaubat kepada Allah batin dan zahir.
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan “Taubat Nasuha”. Diriwayatkan oleh Ibn Majah: Rasulullah bersabda: Orang yang bertaubat itu adalah kekasih Allah. Dan orang yang bertaubat itu ialah seumpama orang yang tiada apa-apa dosa.” (QS At-Tahrim: 8) يَا رَبَّنَا وَاعْفُ عَنَّا وَامْحُ الَّذِيْ كَانَ مِنَّا.. Ya Tuhan kami, maafkan kami dan hapuskanlah apa-apa dosa) yang ada pada kami. Dan hendaklah engkau memohon keampunan kepada Allah; sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (QS. An-Nisa’: 106) 13. Minta Dimatikan dalam Keadaan Muslim ياَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْراَمِ أَمِتْناَ عَلَى دِيْنِ الإِسْلاَمِ. Wahai Tuhan yang mempunyai sifat Keagungan dan sifat Pemurah, matikanlah kami dalam agama Islam.
14. Minta Dihindari dari Orang Zhalim ياَ قَوِيُّ ياَ مَتِيْـنُ إَكْفِ شَرَّ الظَّالِمِيْـنَ.. Wahai Tuhan yang Maha Kuat lagi Maha Gagah, hindarkanlah kami dari kejahatan orang-orang yang zalim. صْلَحَ اللهُ أُمُوْرَ الْمُسْلِمِيْنَ صَرَفَ اللهُ شَرَّ الْمُؤْذِيْنَ Semoga Allah memperbaiki urusan kaum muslimim dan menghindarkan mereka dari kejahatan orang-orang yang suka menggangu. Diriwayatkan oleh Abu Darda’ bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada seorang mukmin pun yang berdoa untuk kaumnya yang tidak bersamanya, melainkan akan didoakan oleh Malaikat, “Sama juga untukmu”. 15. Menyebut Nama-nama Allah يـَا عَلِيُّ يـَا كَبِيْرُ يـَا عَلِيْمُ يـَا قَدِيْرُ يـَا سَمِيعُ يـَا بَصِيْرُ يـَا لَطِيْفُ يـَا خَبِيْرُ. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia, lagi Maha Besar, Yang Maha Mengetahui lagi Sentiasa Sanggup, Yang Maha Mendengar lagi Melihat. Yang Maha Lemah-Lembut lagi Maha Mengetahui “Katakanlah wahai Muhammad), "Serulah nama “Allah” atau “Ar-Rahman”, yang mana sahaja kamu serukan; kerana Allah mempunyai banyak nama yang baik serta mulia. Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu." (QS. Bani Israil: 110) ياَ فَارِجَ الهَمِّ يَا كَاشِفَ الغَّمِّ يَا مَنْ لِعَبْدِهِ يَغْفِرُ وَيَرْحَم Wahai Tuhan yang melegakan dari dukacita, lagi melapangkan dada dari rasa sempit. Wahai Tuhan yang mengampuni dan menyayangi hamba-hamba-Nya. Dari Anas ibn Malik: “Ketika saya bersama Rasulullah s.a.w., ada seseorang berdoa, “Ya Allah saya meminta kerana segala pujian ialah untuk-Mu dan tiada Tuhan melainkan-Mu, Kamulah yang Pemberi Rahmat dan yang Pengampun, Permulaan Dunia dan Akhirat, Maharaja Teragung, Yang Hidup dan Yang Tersendiri”. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dia berdoa kepada Allah menggunakan sebaik-baik nama-nama-Nya, Allah akan memakbulkannya kerana apabila diminta dengan nama-nama-Nya Allah akan memberi. (HR Abu Dawud) 16. Minta Ampunan أَسْتَغْفِرُ اللهَ رَبَّ الْبَرَايَا أَسْتَغْفِرُ اللهَ مِنَ الْخَطَاياَ Aku memohon keampunan Allah Tuhan Pencipta sekalian makhluk, aku memohon keampunan Allah dari sekalian kesalahan. “Dan hendaklah engkau memohon keampunan daripada Allah; sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (QS. An-Nisa’: 106) “Dan mintalah keampunan Tuhanmu, kemudian kembalilah taat kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengasihani, lagi Maha Pengasih” (QS. Hud: 90) 17. Tahlil لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ Tiada Tuhan Melainkan Allah Kalimah “La ilaha illallah” ini adalah kunci syurga. Diriwayatkan oleh Abu Dzar bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah tidak membenarkan seseorang masuk ke neraka jikalau dia mengucapkan kalimah tauhid ini berulang-ulang kali.” 18. Shalawat مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ وَشَرَّفَ وَكَرَّمَ وَمَجَّدَ وَعَظَّمَ وَرَضِيَ اللهُ تَعاَلَى عَنْ آلِ وَأَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالتَّابِعِيْنَ وَتَابِعِ التَّابِعِيْنَ بِإِحْسَانٍ مِنْ يَوْمِنَا هَذَا إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ وَعَلَيْناَ مَعَهُمْ وَفِيْهِمْ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.. Muhammad Rasulullah, Allah Mencucurkan Selawat dan Kesejahteraan keatasnya dan keluarganya. Moga-moga dipermuliakan, diperbesarkan, dan diperjunjungkan kebesarannya. Serta Allah Ta'ala meredhai akan sekalian keluarga dan sahabat Rasulullah, sekalian tabi'in dan yang mengikuti mereka dengan kebaikan dari hari ini sehingga Hari Kiamat, dan semoga kita bersama mereka dengan rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih daripada yang mengasihani. 19. Membaca Tiga Surat سْم اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ. قُلْ هُوَ اللهُ أَحَـدٌ. اَللهُ الصَّمَـدُ. لَمْ يَلِـدْ وَلَمْ يٌوْلَـدْ. وَلَمْ يَكُـنْ لَهُ كُفُـوًا أَحَـدٌ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah wahai Muhammad): “Dialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan segala permohonan; Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang sebanding dengan-Nya.
Dari Abu Sa’id al-khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya sebab dia menyangka bacaan itu tidak cukup dan lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al-Quran!” Dari Al-Muwatta', diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata, “Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya Rasulallah?” Baginda menjawab, “Syurga” Wajiblah syurga bagi si pembaca itu). (HR Bukhari) بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ، مِنْ شَرِّ ماَ خَلَقَ، وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ، وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ، وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَد. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah wahai Muhammad); “Aku berlindung dengan Tuhan yang menciptakan cahaya subuh, daripada kejahatan makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; dan daripada kejahatan malam apabila ia gelap gelita; dan daripada ahli-ahli sihir) yang menghembus pada simpulan-simpulan ikatan; dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan kedengkiannya”. Dari Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w biasanya apabila ada salah seorang anggota keluarga baginda yang sakit, baginda menyemburnya dengan membaca bacaan-bacaan. Sementara itu, ketika baginda menderita sakit yang menyebabkan baginda wafat, aku juga menyemburkan baginda dan mengusap baginda dengan tangan baginda sendiri, kerana tangan baginda tentu lebih banyak berkatnya daripada tanganku. بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاسِ، مَلِكِ النَّاسِ، إِلَهِ النَّاسِ، مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ، اَلَّذِيْ يُوَسْوِسُ فِي صُدُوْرِ النَّاسِ، مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ.. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah wahai Muhammad): “Aku berlindung dengan Tuhan sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, dari kalangan jin dan manusia”. Dari Abu Sa’id al-Khudri; Nabi Muhammad s.a.w selalu meminta perlindungan daripada kejahatan jin dan perbuatan hasad manusia. Apabila surah al-falaq dan an-nas turun, baginda ketepikan yang lain dan membaca ayat-ayat ini saja. (HR Tirimizy) 20. Mengirim Pahala Bacaan Surat Al-Fatihah Salah satu di antara perbedaan pendapat para ulama adalah tentang apakah pahala bacaan Quran bisa ditransfer kepada orang lain yang sudah wafat. Dalam hal ini kami pernah menjawab sebelum, silahkan periksa jawaban kami di: http://www.eramuslim.com/ustadz/qrn/6915100351-bertanya-mengenai-transfer-pahala.htm Rupanya penyusun ratib Al-Haddad ini termasuk kalangan yang meyakini dibenarkannya pengiriman pahala bacaan Quran kepada orang yang sudah wafat. Sebagai bagian dari khilaf para ulama, maka hal ini seharusnya bisa kita terima secara wajar. Maka pada bagian akhir dari rangkaian dzikir yang disusunnya, ada pengiriman pahala untuk orang-orang tertentu. اَلْفَاتِحَةَ إِلَى رُوحِ سَيِّدِنَا الْفَقِيْهِ الْمُقَدَّمِ مُحَمَّد بِن عَلِيّ باَ عَلَوِي وَأُصُولِهِمْ وَفُرُوعِهِمْ وَكفَّةِ سَادَاتِنَا آلِ أَبِي عَلَوِي أَنَّ اللهَ يُعْلِي دَرَجَاتِهِمْ فِي الْجَنَّةِ وَيَنْفَعُنَا بِهِمْ وَبِأَسْرَارِهِمْ وَأَنْوَارِ هِمْ فِي الدِّيْنِ وَالدُّنْياَ وَالآخِرَةِ.. Bacalah Al-fatihah kepada roh Penghulu kita al-Faqih al-Muqaddam, Muhammad ibn Ali Ba’alawi, dan kepada asal-usul dan keturunannya, dan kepada semua penghulu kita dari keluarga bani ‘Alawi, moga-moga Allah tinggikan darjat mereka di syurga, dan memberi kita manfaat dengan mereka, rahasia-rahasia mereka, cahaya mereka di dalam agama, dunia dan akhirat. اَلْفَاتِحَةَ إِلَى أَرْوَاحِ ساَدَاتِنَا الصُّوْفِيَّةِ أَيْنَمَا كَانُوا فِي مَشَارِقِ الأَرْضِ وَمَغَارِبِهَا وَحَلَّتْ أَرْوَاحُهُمْ - أَنَّ اللهَ يُعْلِي دَرَجَاتِهِمْ فِي الْجَنَّةِ وَيَنْفَعُنَا بِهِمْ وَبِعُلُومِهِمْ وَبِأَسْرَارِهِمْ وَأَنْوَارِ هِمْ، وَيُلْحِقُنَا بِهِمْ فِي خَيْرٍ وَعَافِيَةٍ. 28 Bacalah al-fatihah kepada roh-roh Penghulu kita Ahli Ahli Sufi, di mana saja roh mereka berada, di timur atau barat, moga moga Allah tinggikan darjat mereka di syurga, dan memberi kita manfaat dengan mereka, ilmu-ilmu mereka, rahsia-rahsia mereka, cahaya mereka, dan golongkan kami bersama mereka dalam keadaan baik dan afiah. اَلْفَاتِحَةَ إِلَى رُوْحِ صاَحِبِ الرَّاتِبِ قُطْبِ الإِرْشَادِ وَغَوْثِ الْعِبَادِ وَالْبِلاَدِ الْحَبِيْبِ عَبْدِ اللهِ بِنْ عَلَوِي الْحَدَّاد وَأُصُوْلِهِ وَفُرُوْعِهِ أَنَّ اللهَ يُعْلِي دَرَجَاتِهِمْ فِي الْجَنَّة وَيَنْفَعُنَا بِهِمْ وَأَسْرَارِهِمْ وَأَنْوَارِهِمْ بَرَكَاتِهِمْ فِي الدِّيْنِ وَالدُّنْياَ وَالآخِرَةِ Bacalah fatihah kepada roh Penyusun Ratib ini, Qutbil-Irshad, Penyelamat kaum dan negaranya, Al-Habib Abdullah ibn Alawi Al-Haddad, asal-usul dan keturunannya, moga moga Allah meninggikan darjat mereka di syurga, dan memberi kita manfaat dari mereka, rahsia-rahsia mereka, cahaya dan berkat mereka di dalam agama, dunia dan akhirat. اَلْفَاتِحَة إِلَى كَافَّةِ عِبَادِ اللهِ الصّالِحِينَ وَالْوَالِدِيْنِ وَجَمِيْعِ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ أَنْ اللهَ يَغْفِرُ لَهُمْ وَيَرْحَمُهُمْ وَيَنْفَعُنَا بَأَسْرَارِهِمْ وبَرَكَاتِهِمْ. Bacalah Fatihah kepada hamba hamba Allah yang soleh, ibu bapa kami, mukminin dan mukminat, muslimin dan muslimat, moga moga Allah mengampuni mereka dan merahmati mereka dan memberi kita manfaat dengan rahsia rahsia dan barakah mereka. 21. Doa Penutup Sebagai penutup, dzikir ini kemudian ditutup dengan doa penghabisan yang lafadznya demikian: اَلْحَمْدُ اللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَه، اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وأَهْلِ بَيْتِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ. اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ بِحَقِّ الْفَتِحَةِ الْمُعَظَّمَةِ وَالسَّبْعِ الْمَثَانِيْ أَنْ تَفْتَحْ لَنَا بِكُلِّ خَيْر، وَأَنْ تَتَفَضَّلَ عَلَيْنَا بِكُلِّ خَيْر، وَأَنْ تَجْعَلْنَا مِنْ أَهْلِ الْخَيْر، وَأَنْ تُعَامِلُنَا يَا مَوْلاَنَا مُعَامَلَتَكَ لأَهْلِ الْخَيْر، وَأَنْ تَحْفَظَنَا فِي أَدْيَانِنَا وَأَنْفُسِنَا وَأَوْلاَدِنَا وَأَصْحَابِنَا وَأَحْبَابِنَا مِنْ كُلِّ مِحْنَةٍ وَبُؤْسٍ وَضِيْر إِنَّكَ وَلِيٌّ كُلِّ خَيْر وَمُتَفَضَّلٌ بِكُلِّ خَيْر وَمُعْطٍ لِكُلِّ خَيْر يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْن. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, segala puji pujian bagi-Nya atas penambahan nikmat-Nya kepada kami, moga moga Allah mencucurkan selawat dan kesehahteraan ke atas Penghulu kami Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Wahai Tuhan, kami memohon dengan haq benarnya) surah fatihah yang Agung, yaitu tujuh ayat yang selalu di ulang-ulang, bukakan untuk kami segala perkara kebaikan dan kurniakanlah kepada kami segala kebaikan, jadikanlah kami dari golongan insan yang baik; dan peliharakanlah kami Ya tuhan kami. sepertimana Kamu memelihara hamba-hambaMu yang baik, lindungilah agama kami, diri kami, anak anak kami, sahabat-sahabat kami, serta semua yang kami sayangi dari segala kesengsaraan, kesedihan, dan kemudharatan. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pelindung dari seluruh kebaikan dan Engkaulah yang mengurniakan seluruh kebaikan dan memberi kepada sesiapa saja kebaikan dan Engkaulah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Amin Ya Rabbal Alamin. اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْـأَلُكَ رِضَـاكَ وَالْجَنَّـةَ وَنَـعُوْذُ بِكَ مِنْ سَـخَطِكَ وَالنَّـارِ Ya Allah, sesungguhnya kami memohon keredhaan dan syurga-Mu; dan kami memohon perlindungan-Mu dari kemarahan-Mu dan api neraka. Dari Anas ibn Malik radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Siapa memohon kepada Allah untuk surga tiga kali, Surga akan berkata, “Ya Allah bawalah dia ke dalam syurga;” dan jikalau ia memohon perlindungan dari api neraka tiga kali, lalu neraka pun akan berkata, “Ya Allah berilah dia perlindungan dari neraka.”HR Tirmizi dan An-Nasa’i) Penutup Rangkaian lafadz ini adalah susunan manusia biasa, bukan dari Rasulullah SAW. Namun sumber-sumbernya berasal dari ayat Quran, serta hadits-hadits yang umumnya dikatakan maqbul atau bisa diterima, bahwa memang Rasulullah SAW mengajarkannya. Sebagian kalangan yang 'anti dzikir' atau 'anti ratib' berargumen bahwa Rasulullah SAW tidak mengajarkan rangkaian dzikir seperti ini, sehingga kalau tidak ada ketetapan yang langsung dari diri beliau SAW sendiri, kita tidak boleh mengarang sendiri. Termasuk mengarang rangkaiannya bacaannya, sehingga kalau mau dzikir, ya dzikir saja tanpa harus dirangkai-rangkai menjadi sebuah ritual tersendiri. Sikap kita kalau bertemu kedua kutub ini tentu harus lebih dewasa. Kita tidak mungkin menyalahkan salah satunya, juga tidak mungkin juga ikut membuat suasana menjadi semakin panas. Yang perlu kita pahami adalah bahwa keberagaman dalam menjalankan agama ini sudah ada sejak zaman para shahabat nabi. Ada shahabat yang cenderung menjalankan agama secara apa adanya, tanpa melihat latar belakangnya, pokoknya begitu ya begitu. Tapi ada juga para shahabat yang selalu memandang sesuatu sesuai pokok persoalan dan keadannya. Jadi kalau para shahabat nabi saja di masa lalu sudah agak beragam cara pandangnya, masak sih kita hari ini tidak boleh melakukannya? Bukankah para shahabat itu sebagiannya juga dijamin masuk surga? Wallahu a'lam bishshawab, wassalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Ahmad Sarwat, Lc
8/31/08 09:02 am

Ahad 31 Ogos 2008 | 28 Sha'ban 1429 Hijrah
Perutusan khas sempena Ramadan al-mubarak Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Sun | Aug 31, 08 | 6:55:49 am MYT
Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan. Iklan
Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.
"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)
Melalui al-Quran, maka Allah menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.
Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya s.a.w.
Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.
Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan lain-lain.
Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.
Semoga Ramadan ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Ramadan Kareem" kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat. - mks.
Presiden PAS_
8/28/08 07:10 pm
Khamis 28 Ogos 2008 | 25 Sha'ban 1429 Hijrah
Detik mula perubahan ke arah kerajaan baru 16 September | Mohd Rashidi Hassan
Thu | Aug 28, 08 | 9:43:10 am MYT

|
Hari ini Dato' Seri Anwar Ibrahim akan hadir kali kedua ke Bangunan Parlimen, selepas 10 tahun untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, sekaligus menjadi Ketua Pembangkang yang baru.
Iklan | |  | | | | |
Anwar dipaksa meninggalkan Parlimen secara paksa 10 tahun lalu ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, dalam kerajaan Barisan Nasional.
Bezanya, kemasukkan beliau ke Parlimen kali ini bukan setakat hendak menjadi Ketua Pembangkang atau TPM sahaja.
Beliau mempunyai matlamat yang besar dan jelas, iaitu mahu menjadi Perdana Menteri bagi kerajaan baru yang dinamakan Kerajaan Pakatan Rakyat.
Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh semalam mencetuskan implikasi politik yang besar kepada negara.
Kemenangan besar Anwar bukan sahaja membuktikan bahawa Permatang Pauh merupakan 'safe heaven' baginya, malah ianya merupakan titik tolak yang besar kepada perubahan politik negara.
Hakikat yang tidak dapat sanggah iaitu, memenangi pilihan raya kecil dengan majoriti yang lebih besar bagi calon parti pembangkang, merupakan sesuatu yang amat sukar dalam sejarah politik negara.
Anwar dan gerombolannya daripada Pakatan Rakyat sudah menghampiri tarikh 16 September yang sering dicongak oleh kawan dan lawan.
Rakyat Permatang Pauh mewakili seluruh rakyat Malaysia, memberikan 'signal' yang paling jelas kepada Barisan Nasional bahawa era pemerintahannya selama 50 tahun bakal berakhir tidak lama lagi.
Liku perjuangan politik Anwar
Anwar melalui perjalanan politik yang penuh berliku. Tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa setakat ini tiada ada seorang pun ahli politik di Malaysia yang mengharungi liku kerjaya politik seteruk Anwar Ibrahim.
Semua tuduhan dilemparkan terhadap Anwar. Kaki liwat! Agen Amerika! Kaki kelentong! Perasuah! Agen bangsa asing! Perosak bangsa Melayu! Pengancam agama Islam! Pemusnah negara! Dahsyat...amat dahsyat sekali kecaman dan tuduhan BN terhadap Anwar.
Bukan bermakna penulis atau mana-mana penyokong Pakatan Rakyat terlalu taksub kepada Anwar. Tetapi tuduhan BN ini amat dahsyat dan melampau. Semua tuduhan ini menyebabkan rakyat muak dengan BN. Tuduhan-tuduhan melampau inilah yang sebenarnya menyebabkan BN 'over kill'!
Dalam politik..biasalah hentam menghentam, kritik mengkritik dan sebagainya. Tetapi berpada-padalah sedikit. Janganlah melampau sangat.
Ini tidak. Jelas dilihat walaupun rakyat Permatang Pauh yang menghadapi PRK, namun kempen dan serangan media yang menjadi 'barua' BN seolah-olahnya berpesta dengan pelbagai tuduhan terhadap Anwar dan Pakatan rakyat.
Kempen BN dan media pengampu terpaksa menghadapi PRK Permatang Pauh, sama seperti mereka menghadapi Pilihan Raya Umum!
Pelbagai tuduhan, fitnah dan kecaman dilemparkan BN terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat, sama ada menerusi televisyen, akhbar, radio, internet dan apa juga saluran yang mereka boleh usahakan.
Kempen besar-besaran BN untuk menyekat Anwar dilakukan bukan setakat untuk menghalangnya masuk ke Parlimen sahaja, bahkan mereka tahu bahawa Anwar boleh menjadi penyebab utama tumbangnya keangkuhan BN selama 50 tahun.
Hakikat sebenarnya pemimpin BN tidak pernah sedar bahawa mereka bukan berhadapan dengan Anwar seorang diri. BN sebenarnya berhadapan dengan 'force' besar iaitu kuasa rakyat.
Rakyat yang mahukan perubahan. Rakyat yang menolak segala bentuk tohmahan dan serangan politik yang melampau oleh media pengampu BN.
Rakyat sebenarnya mengubah paradigma dan persepsi bahawa BN sahaja yang boleh memerintah.
Lihatlah dengan jelas, apa sahaja tohmahan, adu domba, kecaman dan usaha-usaha jahat BN serta media 'barua' untuk mengugat lima negeri yang diterajui Pakatan Rakyat, semuanya gagal.
Kuasa rakyat, kehendak rakyat dan sokongan rakyat sememangnya mahukan negara berubah ke arah pembentukan Kerajaan Pakatan Rakyat di peringkat Persekutuan.
Hasil kemenangan Anwar
Sekarang ini Barisan Nasional menghadapi masalah paling besar. Hasrat Umno untuk kekal berkuasa dengan mengekslpoitasikan isu Melayu dan agama diketepikan rakyat. Gerakan sepatutnya berfikir semula untuk meneruskan hasrat keluar BN. MCA yang terbahagi kepada dua pendapat, semakin cenderung meninggalkan BN
Kedudukan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi terumbang ambing, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak hampir pasti tidak berpeluang menjadi PM. Parti Umno yang sedang menghadapi mesyuarat bahagian dan pemilihan Majlis Tertinggi sekarang semakin hampir terkubur.
Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin memikirkan secara serius untuk berhijrah keluar negara, manakala Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Mohamed Ezam Md Nor dan para kroni mereka harus bersedia menelan segala muntah dan sumpah seranah yang dihamburkan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Ada seorang lagi pembelit besar yang tiba-tiba menyerang Anwar tanpa memikir risiko yang bakal menimpanya. Dato' S. Nallakaruppan. Adeii Nalla..yenge poringge..? (Mana lu mau pergi). Mana lu mau taruk lu punya muka sekarang!
Hari ini pemimpin-pemimpin utama Umno/ BN terpaksa berhadapan secara 'live' dengan Anwar dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
Sejak dari PRU 8 Mac lepas, laluan mereka di Parlimen tidak lagi mudah. Mereka semakin sukar sekarang ini.
Mulai hari ini, usaha membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat semakin hampir. Itulah kehendak rakyat sebenarnya. Insya-Allah, Anwar mampu melakukan! - mks.
|
Detik mula perubahan ke arah kerajaan baru 16 September
8/27/08 09:35 pm
| Tindakan disiplin: Imam tidak kempen untuk Anwar |
| Jimadie Shah Othman | Aug 27, 08 3:05pm |
dikemaskini Ramlang Porigi, imam yang menjelaskan kehadirannya di acara sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan atas pentas PKR Ahad lepas, tidak pernah berkempen untuk calonnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Seorang peguam imam itu Ahmad Nizam Hamid memberitahu Malaysiakini:
"Beliau tidak pernah mengatakan undilah PKR walaupun satu patah perkataan. Beliau hanya menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku."
Beliau diminta mengulas kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini untuk mengambil tindakan terhadap Ramlang jika didapati berkempen dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.
Ahmad Nizam berkata mereka akan mempertahankan imam Masjid Wilayah Persekutuan itu jika dikenakan tindakan disiplin.
"Jika perlu, kita akan membawa kes ini ke mahkamah," katanya yang mengetuai kumpulan khidmat guaman Ramlang (foto, kanan).
Menurut satu sumber masjid di Jalan Duta itu, Ramlang kini sedang bercuti mulai Isnin. Bagaimanapun tidak diketahui bila beliau akan kembali bertugas, tambah sumber.
Menurut Ahmad Nizam, Ramlang kini sedang "tunggu dan lihat" perkembangan selanjutnya sebelum memutuskan untuk meneruskan tugasnya.
Peguam itu menambah, imam itu bimbang akan keselamatannya berdasarkan senario politik semasa "seperti misteri kehilangan penyiasat persendirian P Balasubramaniam" selepas mendedahkan akuan berkanunnya 2 Julai lepas.
Ahmad Nizam berpendapat penjelasan Ramlang atas pentas PKR malam 24 Ogos lalu "menyebabkan kredibiliti Mohd Saiful", yang mendakwa diliwat Anwar, jatuh.
Dalam penjelasannya, Ramlang berkata beliau diarahkan oleh "orang atasannya" untuk hadir di majlis sumpah laknat di tempatnya bertugas 15 Ogos, sehari sebelum penamaan calon pilihanraya kecil tersebut.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dilaporkan berkata seseorang penjawat awam yang terlibat dalam kempen pilihanraya melanggar peraturan kerajaan.
"Bagaimanapun Jakim akan menjalankan siasatan lanjut mengenai penglibatan beliau dalam perkara ini," beliau dipetik berkata.
"Kita juga akan mendapatkan penjelasan terperinci daripada imam berkenaan. Kalau ada bukti yang menunjukkan beliau terlibat secara langsung kita rujuk dengan lembaga disiplin."
Lewat petang ini, Malaysiakini difahamkan Ramlang telah dimaklumkan oleh rakan-rakannya kelmarin bahawa kemungkinan beliau dikenakan tindakan.
Dua anggota polis difahamkan ke masjid tempat beliau bertugas untuk menemuinya.
Bagaimanapun sehingga kini tiada pihak mengesahkannya.
Dalam pilihanraya yang menyaksikan persaingan sengit antara BN dengan PKR, Anwar menang dengan majoriti 15,671 undi - peningkatan lebih 2,000 undi berbanding yang diperolehi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebanyak 13,388 pada pilihanraya umum Mac lepas.
Sementara calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Mamat hilang wang pertaruhan apabila memungut hanya 92 undi. |
8/27/08 09:01 pm
| Dr M: Mesej Permatang Pauh sia-sia | | Aug 27, 08 5:31pm |  Dengan gaya sindirannya, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan ketewasan BN dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh sebagai "mesej yang sia-sia" daripada pengundi kepada penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Mesej yang hendak dihantar oleh pengundi Melayu, Cina dan India menjadi sia-sia kerana Abdullah tidak ada telinga untuk mendengar, tidak ada mata untuk melihat," katanya, mengulas satu lagi prestasi buruk BN selepas kekalahan teruk dalam pilihanraya umum Mac lepas. Bekas timbalannya yang dipecat Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menang dengan majoriti lebih besar - 15,671 undi - berbanding yang diraih presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail lima bulan lepas, 13,388.
Bekas perdana menteri berkata, bagaimanapun mesej dari Permatang Pauh tidak disedari oleh ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin lain Umno.
"Kamu boleh terus sokong Abdullah sebagai presiden parti. Tetapi rakyat tidak akan sokong Umno kerana ia sudah jadi alat Abdullah dan keluarganya.
"Apabila datang pilihanraya ke-13, rakyat akan jatuhkan Umno dan BN kerana hanya dengan cara ini sahaja rakyat akan dapat jatuhkan Abdullah," kata Dr Mahathir, mengulangi analisisnya sebagai serangan terhadap presiden Umno sejak beberapa bulan mutakhir.
Tambahnya, pengundi di kawasan parlimen itu berada dalam kemelut memilih antara Anwar dengan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah tetapi "dengan berat hati penyokong-penyokong BN telah mengundi PKR supaya Abdullah akan sedar yang kepimpinannya tidak dikehendaki lagi."
"Wang yang banyak telah ditabur atau dijanji akan ditabur. Pekerja BN dibayar saguhati. Calon yang diletak sesuai juga.
"Apakah yang tidak kena dengan BN sehingga pengundi memberi kelebihan undi yang lebih banyak dari bulan Mac kepada Anwar yang enggan bersumpah (isu liwat)," rungutnya.
Dr Mahathir kemudian mengulangi kata duanya kepada Umno, sama ada memaksa Abdullah meletakkan jawatannya sekarang atau terpaksa mengalami ketewasan teruk lagi dalam pilihanraya umum akan datang.
"Untuk pulihkan sokongan kepada Umno dan BN, Abdullah perlu bertanggungjawab dan letak jawatan sekarang.
"(Tindakan) ini akan memberi masa empat tahun bagi pemimpin-pemimpin Umno berusaha untuk menarik balik penyokongnya dan BN.
"Jika ditunggu hingga Jun 2010, masa yang tinggal untuk pemulihan hanyalah dua tahun; terlalu pendek untuk kerja yang berat ini," katanya. |
8/27/08 08:28 pm
| Anwar angkat sumpah MP esok | | Aug 27, 08 12:21pm | kemaskini 7:25pm Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli parlimen baru Permatang Pauh, akan mengangkat sumpah esok.
Beliau mengesahkan telah menerima surat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi ini berhubung keputusan pilihanraya kecil itu yang memihak kepada penasihat PKR.
Pandikar Amin menambah, Anwar telah dimaklumkan tentang majlis mengangkat sumpah pagi esok.
Anwar kembali ke dewan yang mulia itu selepas 10 tahun apabila meraih kemenangan besar malam tadi dengan menewaskan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah sebanyak 15,671 undi.
Mantan menteri kewangan itu, akan terus dilantik sebagai ketua pembangkang selepas mengangkat sumpah, berdepan dengan rakan kabinet lamanya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pembentangan Bajet 2009, Jumaat.
Ketua Whip PKR, Mohd Azmin Ali dilaporkan berkata surat memaklumkan kesepakatan PAS dan DAP melantik Anwar Anwar mengetuai ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kepada yang dipertua dewan 4 petang tadi. Kemunculan bekas timbalan perdana menteri ini paling dinanti-nantikan oleh banyak pihak, khususnya selepas ura-uranya merancang pembentukan kerajaan baru menjelang 16 September ini.
Lebih ramai pelawat termasuk bukan penyokong PKR dijangka ke bangunan Parlimen esok untuk mengikuti secara dekat langkah pertama Anwar ke Dewan Rakyat.
Permulaan sesi sidang dewan ke-12 selepas pilihanraya umum Mac lalu menyaksikan kunjungan pelbagai pihak, termasuk aktivis dan penulis blog, apabila buat pertama kali pembangkang mempunyai 82 ahli parlimen.
Mengulas kehadiran orang ramai, Pandikar Amin dilaporkan berkata keselamatan bangunan itu tidak akan diperketatkan dan "macam biasa." Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar memberi jaminan tidak ada tambahan anggota polis atau sekatan jalan raya bagi menghadapi situasi itu. |
8/19/08 07:36 pm
Selasa 19 Ogos 2008 | 16 Sha'ban 1429 Hijrah
Doa Tok Guru iringi kempen Anwar di Permatang Pauh | Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my
Tue | Aug 19, 08 | 10:32:02 am MYT | Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berdoa agar Ketua Umum
KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim diberikan kemenangan oleh Allah pada Pilihan Raya
Kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos depan.
Iklan | |  | | | | |
Di sebalik keuzuran dan kesibukan beliau menghadiri Muktamar Tahunan PAS ke 54 di
Ipoh, Tok Guru bergegas ke Permatang Pauh seusai menunaikan solat subuh, untuk
menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Anwar.
Menteri Besar Kelantan itu tiba di Pusat Penamaan Calon di Institut Perguruan Tuanku
Bainun yang terletak di sisi Lebuhraya Butterworth-Kulim Express (BKE) kira-kira jam
9.30 pagi, disambut pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat.
Akibat kesesakan lalu lintas, kenderaan rasmi yang membawa Tok Guru terpaksa
diletakkan berjauhan daripada pusat penamaan dan beliau dibawa masuk dengan menaiki
proton wira milik seorang penyokong PAS.
"Ambo (saya) terlekat dalam jam (kesesakan lalulintas) lama, dari pukul berapa tadi
tak boleh masuk," ujarnya yang datang bertongkat ketika disambut penulis.
 "Ya Tok Guru, sejak subuh tadi, jam 6.30 pagi orang dah mula berkumpul," kata
penulis.
"Pelik ni, ramai sungguh ore (orang)," kata Tok Guru merujuk kepada sambutan yang
diberikan kepada calon Pakatan Rakyat.
Menurut Tuan Guru Nik Abdul Aziz, dengan jadual beliau yang begitu padat, beliau
berasa amat letih untuk berjalan jauh.
Namun katanya di sebalik kekangan jadual dan kesihatan, beliau tetap berkunjung ke
Permatang Pauh kerana amat komited dengan agenda Pakatan Rakyat.
Selain Tok Guru, pemimpin PAS yang hadir memberikan sokongan ialah Naib-naib
Presiden, Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu; Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Md
Ramli; AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Dr Dzulkefli Ahmad, Dr Lo'lo
Mohd Ghazali, Dr Siti Mariah Mahmood dan Dr Mujahid Yusof yang juga Pengarah PAS
untuk pilihan raya kecil tersebut.
 Mereka disertai oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Salleh Man dan Ahli Dewan
Undangan Negeri (PAS) Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman.
Bagi pihak KeADILan, Anwar diiringi isteri Dato' Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga
Presiden KeADILan serta keluarga, Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali, Naib Presiden,
Mohamed Azmin Ali, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta lain-lain pemimpin utama
mereka.
Turut sama ialah veteran DAP, Dr Chen Man Hin; Penasihat DAP, Lim Kit Siang,
Pengerusi DAP, Karpal Singh, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta
lain-lain.
Solidariti rakyat
 Permatang Pauh menyaksikan lebih 50,000 penyokong Pakatan Rakyat yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan agama berhimpun menyatakan sokongan padu kepada Anwar.
Jumlah ini jauh mengatasi kumpulan penyokong Barisan Nasional yang diketuai Timbalan
Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, yang dianggarkan kira-kira 5000
orang sahaja.
Penyokong Pakatan Rakyat, berhimpun dan mengibarkan bendera ketiga-tiga parti
komponen Pakatan Rakyat sejak jam 6.30 pagi, menyebabkan kesesakan di sepanjang jalan
lebuhraya BKE, dari arah Penanti dan Berapit, sepanjang beberapa km menuju ke pusat
penamaan calon.
 Sehingga pemimpin dan penyokong BN terpaksa berarak melintasi kiri kanan jalan yang
telah dipenuhi penyokong Pakatan Rakyat.
Situasi ini menyebabkan ramai kalangan pemimpin BN yang diteriak dengan pelbagai
sorakan terpaksa menerima hakikat yang getir hingga 'merah padam muka'.
Sorakan 'Altantuya', 'Hutang 200 juta (saman terhadap BN) poster tak bayar, 'Rasuah',
'Correct, correct, correct' (ditujukan kepada Dato' Seri Adnan Mansor,
'Pengkhianat (kepada Ezam Mohd Nor), bergema berulang-ulang kali.
Kegusaran pemimpin-pemimpin BN jelas kelihatan. Wajah-wajah cemas mereka melihat
segerombolan besar penyokong Anwar tidak dapat disembunyikan lagi.
"Rakyat sudah bosan dengan BN, penuh dengan fitnah dan penipuan," kata David Leong
yang datang bersama beberapa orang rakan dari Alor Star dengan sebuah bas.
 "Makin dia bawa budak tu (saiful) sumpah, makin kami tak percaya," ujar seorang imam
surau yang ditemui berhampiran Pusat Khidmat Dun Permatang Pasir.
Sekumpulan anak muda berbangsa India juga turut berarak dengan memukul gendang sambil
melaungkan 'Makkal Sakhti' sambil mengibarkan bendera KeADILan.
Perhimpunan rakyat di Permatang Pauh merupakan perhimpunan terbesar yang mencatatkan
paling ramai penyokong berhimpun dalam satu-satu pilihan raya.
"Perhimpunan ini amat besar, walaupun orang boleh kata penyokong yang ramai ini belum
tentu memberikan undi (kepada Anwar) tetapi round pertama ini kita sudah
menang," kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Katanya, beliau turut berbangga dengan rakyat Pulau Pinang daripada PAS, DAP dan
KeADILan yang hadir beramai-ramai di pusat penamaan calon tersebut.
"Hari ini rakyat berbilang kaum menunjukkan solidariti yang amat luar biasa, saya
harap ia terus kekal," kata Setiausaha Agung DAP itu.
Guan Eng turut mengambil kesempatan berbual mesra dengan Tok Guru bersama Tan Sri
Khalid dan berkongsi pandangan bagi mempererat dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat.
 Kegusaran BN
Kepulangan Anwar ke Permatang Pauh diibaratkan sebagai 'bagaikan sirih pulang ke
gagang'. Kawasan Parlimen yang 'terpaksa dilepaskan' sejak sepuluh tahun lalu akibat
kezaliman BN masih segar di kalangan rakyat.
BN amat gusar kerana bilangan penyokong Anwar, yang pernah mengetuai Umno Bahagian
Permatang Pauh begitu besar. Penyokong bekas TPM itu selepas krisis pemecatannya pada
tahun 1998 masih ramai dalam Umno.
Hakikat sokongan mereka diterjemahkan dengan sokongan terhadap Dato' Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail yang mewakili Permatang Pauh selepas pemecatan Anwar.
Pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, Wan Azizah meraih 30,338 undi menewaskan calon
BN, Dato' Pirdaus Ismail yang mendapat hanya 16950 undi. Majoriti 13,398.
Manakala di ketiga-tiga DUN, Seberang Jaya, calon BN Dato' Arif Shah Omar Shah
mendapat 9395 undi menewaskan calon KeADILan yang mendapat 8862 undi, kelebihan
majoriti 533 sahaja.
 Di Dun Permatang Pasir, calon PAS, Mohd Hamdan meraih 11004 undi menewaskan BN, Ahmad
Sahar Shuib yang memperolehi 5571 undi. Majoriti 5433 undi.
Di Dun Penanti, calon KeADILan, Mohamad Fairus Khairuddin meraih 7346 undi menewaskan
calon BN Abdul Jalil Abdul Majid yang mendapat 5127 undi. Majoriti 2216 undi.
Jika dihimpunkan undi yang diperolehi calon Pakatan Rakyat iaitu 27,745,
memperlihatkan Wan Azizah mendapat lebih 2575 undi.
Kelebihan undi ini dipercayai datangnya dari kalangan ahli Umno yang menyokong Wan
Azizah serta Anwar secara tersembunyi.
Kalangan mereka dikatakan secara zahirnya menentang pembangkang (KeADILan) tetapi
dijangka memberikan undi secara diam-diam kepada Anwar.
Jika sokongan media arus perdana terhadap calon BN dijadikan ukuran, ia akan menjadi
pertaruhan sia-sia BN. Arif Shah dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim),
Hanafi Hamat bukan tandingan sebenar Anwar.
Hanafi yang ditemui penulis memberitahu, beliau adalah Presiden Akim yang
menggantikan Allahyarham Cikgu Musa Salleh.
Katanya, Akim adalah sekumpulan serpihan ahli PAS yang berasal dari Pasir Putih,
Kelantan.
 "Perjuangan kami tidak ada kena mengena dengan PAS atau mana-mana parti pembangkang,
kami berdiri sendiri memperjuangkan ideologi kami," ujarnya, yang datang bersama seorang
pencadang dan seorang penyokong.
"Apa yang tuan harapkan daripada penyertaan dalam pilihan raya ini," soal penulis.
"Kami mahu supaya rakyat Malaysia sejahtera," jawab Hanafi, ringkas.
Penentu masa depan politik negara
Siapa pun yang menyertai pilihan raya kecil ini bukan menjadi persoalan. Malaysia
negara demokrasi, sesiapa sahaja boleh mencalonkan diri bertanding kata Presiden PAS,
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menjawab soalan wartawan di Ipoh, Ahad
lepas.
Sudah tentu rakyat yang menjadi pengundi di Permatang Pauh sudah membuat keputusan
untuk memilih siapa bakal Ahli Parlimen mereka.
Pilihan raya kecil ini sebenarnya amat penting bagi negara. Ia bakal menentukan masa
depan politik negara dan menjadi pertaruhan sama ada pembentukan Kerajaan Pakatan
Rakyat berjaya atau pun tidak.
 Harus diingat bahawa, Anwar menyertai pilihan raya kecil Permatang Pauh bukan
semata-mata hendak menggantikan Dr Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang.
Beliau mempunyai agenda yang amat besar. Agenda sebagai calon PM dari Pakatan Rakyat.
Pilihan raya kecil ini juga menjadi titik tolak atau asas yang boleh membawa
tumbangnya kerajaan BN setelah berkuasa selama lebih 50 tahun.
Undi rakyat di Permatang Pauh sebenarnya adalah mewakili 27 juta rakyat Malaysia bagi
menentukan masa depan negara.
Tekanan BN di kepada rakyat Permatang Pauh amat hebat. Mereka terpaksa all out
untuk menyelamatkan bahtera yang hampir karam. Mereka terpaksa melakukan apa sahaja
untuk menyekat kemasukan Anwar ke Parlimen.
Kemasukan Anwar ke Parlimen bakal mengundang bahaya yang amat besar yang bakal
menguburkan masa depan politik BN.
Jika rakyat memberikan kemenangan kepada Anwar, impian majoriti rakyat untuk
meletakkan Umno dan BN ke dalam muzium semakin hampir.
Hakikatnya ramai berpendapat bahawa kerusi Parlimen Permatang Pauh tetap menjadi
milik Anwar. Cumanya besar mana majoriti untuk membawa beliau ke Parlimen sedang
menjadi congakan.
Cukuplah...sudah 50 tahun Umno/BN berkuasa, kali ini berilah kepada Pakatan Rakyat
pula.
(Laporan penuh Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh boleh diperolehi melalui akhbar Harakah yang akan mula berada di pasaran hari Khamis, 21 Ogos ini - Editor)_
|
8/19/08 01:00 am
Saturday, 16 August 2008  Presiden Republik Islam Iran, Mahmoud Ahmadinejad, mengabarkan peluncuran satelit pertama buatan Iran ke luar angkasa. Sebagaimana dilaporkan Kantor Berita IRNA, Ahmadinejad Jumat malam di hadapan para elit intelektual Iran yang bermukim di Turki menyatakan bahwa Iran akan meluncurkan setelit pertama buatan dalam negeri ke luar angkasa sekitar akhir pekan depan. Dikatakannya pula, Tehran juga akan meluncurkan roket dan pelontar ke luar angkasa. Seraya menyinggung bahwa pemboikotan Iran selama 28 tahun oleh AS justeru menghasilkan kejutan-kejutan ilmiah di negeri ini, Presiden Ahmadinejad mengatakan, "Tahun lalu, tercatat lebih dari tujuh ribu penemuan dipatenkan di Iran." Dikatakannya pula, "Rakyat Iran bukan tipe bangsa yang mudah menyerah. Terkait tekonologi nuklir, bangsa ini terus mempertahankan seluruh hak mereka." Lebih lanjut Ahmadinejad menuturkan, "Kini, AS menyadari bahwa Iran tidak dapat dikucilkan. AS sendirilah yang semakin terkucil. Para pejabat tinggi negeri ini selalu mendapat pengawalan ekstra ketat dalam kunjungan ke berbagai negara. Sebaliknya, para pejabat Iran dalam kunjungannya ke berbagai negara disambut baik oleh masyarakat setempat. Sebab, mereka mencintai Republik Islam Iran." Setelah kunjungan resmi selama dua hari, Ahmadinejad, Sabtu pagi, bertolak kembali ke Tehran.
8/17/08 06:03 pm

Tuan Guru Nik Aziz tegaskan sumpah Saiful cara Kristian Dilulus terbit pada Sunday, August 17 @ 12:34:06 MYT oleh SongkokPutih
Artikel Oleh Mohd Rashidi Hassan
IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menafikan laporan yang dipaparkan dalam akhbar arus perdana hari ini, bahawa Saiful Bukhari Azlan bersumpah dengan cara Islam.
Dalam sidang media sempena Muktamar PAS di Stadium Indera Mulia dekat sini, Ustaz Nik Aziz menegaskan, sumpah menggunakan al-Quran bercanggah dengan Islam.
Katanya, apa yang dibuat Saiful dua hari lepas, menyamai apa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian yang bersumpah menggunakan Bible.
Tegasnya, Islam hanya menerima sumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi.
Menteri Besar Kelantan itu juga menempelak Umno yang mempercayai bersumpah dengan cara menggunakan al-Quran.
Katanya, sumpah juga tidak perlu dibuat dalam masjid kerana ianya sama seperti ajaran Kristian yang bersumpah di gereja.
Katanya, orang Islam tidak perlu bersumpah di masjid, sebaliknya boleh bersumpah di mana-mana sahaja asalkan ianya sumpah yang menepati Islam.
Beliau juga hairan mengapa Umno menerima sumpah Saiful dan terikut-ikut dengan amalan agama yang bercanggah dengan Islam.
Ustaz Nik Aziz juga mempertikaikan motif sebenar Saiful bersumpah menjelang hari penamaan calon Permatang Pauh, yang katanya mempunyai maksud yang tersirat.
Beliau amat berharap pengundi-pengundi Melayu yang beragama Islam tidak terpengaruh dengan propaganda media yang memanipulasi sumpah Saiful.
"Saya berdoa dan berharap Dato' Seri Anwar diberikan kemenangan," ujarnya
8/16/08 04:39 pm
TranungKite Online v7.0 - Hadi: Anwar tak perlu bersumpah
 Hadi: Anwar tak perlu bersumpah Dilulus terbit pada Saturday, August 16 @ 15:03:11 MYT oleh SongkokPutih
Artikel Oleh jebat88
" Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bersumpah menggunakan kitab suci bukan ajaran Islam sebaliknya merupakan amalan orang Kristian dan Yahudi.
Sehubungan itu, kata bekas menteri besar Terengganu itu, kes yang membabitkan zina dan liwat hendaklah dirujuk kepada undang-undang qazaf.
"Jika undang-undang qazaf tidak ada, kerajaan perlu membuat pindaan di Parlimen supaya ia boleh diadili melalui undang-undang Islam
"Rujuk kepada mahkamah syariah mengikut Akta 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan iaitu kes untuk zina dan liwat," katanya.
Abdul Hadi berkata demikian ketika mengulas tindakan Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan mendakwa beliau telah diliwat secara paksa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata, dalam Islam hanya ada lian iaitu sumpah antara pasangan suami isteri.
"Anwar dan Saiful bukan suami isteri dan dalam kes ini ia bukan sahaja tidak kena tetapi telah menunjukkan kebodohan umat Islam sendiri.
'Agenda politik kotor'
"Beliau (Saiful) menggunakan agama Islam jenama apa kerana ia tidak merupakan hak dalam Islam.
"Bagaimana Saiful bersumpah menggunakan Quran sedangkan dia tidak tahu isu kandungan kitab suci itu.
"Dia (Saiful) boleh buat apa sahaja tetapi kita tidak boleh dengar sebelah pihak sahaja," katanya.
Abdul Hadi sekali lagi mengulangi kes tersebut merupakan satu agenda politik yang kotor.
Beliau juga menegaskan PAS akan tetap membantu Anwar untuk memenangi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.
Katanya, dalam Islam seseorang tidak dianggap bersalah selagi ia tidak didapati bersalah.
"Oleh itu kita tidak mahu membuat hukuman awal seolah-olah Anwar telah bersalah.
"Apabila membenarkan Anwar bertanding dalam pilihanraya ia merupakan satu kaedah yang beliau tidak bersalah," katanya.
Abdul Hadi juga berkata, Anwar tidak perlu untuk melakukan sumpah laknat sepertimana yang dilakukan oleh Mohd Saiful untuk membersihkan namanya.
"Biarlah ia diputuskan oleh Mahkmah Syariah," katanya.
Dalam kenyataannya semalam, Saiful mencabar Anwar supaya melakukan sumpah laknat untuk membersihkan namanya.
Saiful swears he was sodomised
|